ARTIKEL

Skuad berbasikal pulang dengan tangan kosong

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Skuad berbasikal trek kebangsaan sekali lagi pulang dengan tangan kosong pada kejohanan Piala Negara-negara UCI 2024 di Milton, Kanada.

Dalam acara pecut, Muhammad Ridwan Sahrom menamatkan saingan di tempat ke-29 selepas tersingkir awal pada pusingan kelayakan yang berlangsung di Mattamy National Track Cycling Centre.

Pingat emas dimenangi pelumba dari Belanda Harrie Lavreysen, diikuti Jair Tjon En Fa dari Suriname di tempat kedua dan Nicholas Paul dari Trinidad and Tobago, ketiga.

Pelumba wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri juga tidak menyerlah pada penampilan kali ini apabila menamatkan saingan di tempat kelapan acara keirin.

Terdahulu, pelumba dari Kedah itu menduduki tempat keenam pada pusingan repechage sebelum mara ke final.

Pingat emas keirin wanita dimenangi pelumba New Zealand, Ellesse Andrews, diikuti pingat perak dimenangi pelumba Belanda, Steffie Van Der Peet dan Lauriane Genest dari Kanada (gangsa).– BERNAMA

BERITA LAIN

SRG juara MPL Malaysia kali keenam berturut-turut

KUALA LUMPUR: Selangor Red Giants (SRG) meneruskan dominasi dalam saingan Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL) Malaysia apabila muncul juara buat kali keenam berturut-turut

BERITA TERBARU

Siapa berundur, siapa diundur?

SETIAP kali menjelang pilihan raya, ada satu pertanyaan yang berlegar-legar dalam fikiran wakil rakyat: “Adakah nama saya masih dalam senarai?” Bagi rakyat dan pengundi di