ARTIKEL

KUCHING: Bisi lebih 7,000 iku polis disadang deka dianjung gawa sereta mantu ngemuntangka pejalai Lumba Malaysia (SUKMA) Ke-21 Sarawak dalam bulan Ogos tu ila. Kepala Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata madah, naka diatu pegawa besikap raban polis ti mantu ngatur lumba nya bejalai lanchar sereta meruan. “Ari sukut penyampau tubuh kami ke dianjung gawa endang udah sedia sereta nyikap diri, raban polis ti gawa maya nya ila mega chukup. “Kandang diatu, aku nadai meda bisi penanggul ari sebarang sukut laban semua bejalai enggau lanchar sereta meruan nitih perambu,” ku iya. Macha bejaku munyi nya lebuh ditanya pemberita pengudah meri pingat rambau Adat Meri Anugerah Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) Kontinjen Sarawak Tusun 4 2024 ba Balai Bujang Berani Briged Sarawak PGA Batu Kawa, ditu tadi. Ku iya, penyampau tubuh raban polis nya mungkur sida ti nyaga pengelikun enggau sida ti mantu raban atlit ba semua venue lumba enggau main diatur. SUKMA Ke-21 Sarawak 2024 deka belabuh diatur kena 17 nyentuk 24 Ogos tu ba semilan bagi menua ti udah disikap ngena perengkaguna enggau fasiliti napi lumba nya. Ungkup penerag, dipelaba 7,801 iku atlit ti deka nurun ke kelang ngambi bepekit dalam 487 achara lumba enggau main ari 37 bansa lumba enggau main ti dipekit ba Sarawak.

Skuad boling padang Terengganu cukup kuat kerana komitmen tinggi barisan jurulatih

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Boling padang cukup sinonim dengan kontinjen Terengganu yang merupakan kuasa besar sukan itu selepas muncul juara keseluruhan dalam dua edisi Sukan Malaysia (SUKMA) sebelum ini.

Ketua Jurulatih Boling Padang negeri Zulkepli Abd Wahab berkata antara rencah kepada kejayaan skuad itu di SUKMA ialah komitmen tinggi barisan jurulatih antaranya sanggup mengendalikan latihan pada bila-bila masa.

Selain itu, Zulkepli yang sudah menabur bakti hampir 20 tahun membimbing Terengganu berkata Persatuan Boling Padang Terengganu juga memainkan peranan penting membangunkan sukan ketepatan tersebut di negeri Pantai Timur itu.

“Kami dari segi atlet khususnya dari aspek latihan, ramai jurulatih yang bersedia untuk berikan latihan tak kira masa.

“Satu lagi kita dibantu AJK (ahli jawatankuasa) persatuan sendiri yang komited kepada pembangunan sukan boling padang dengan membantu para jurulatih dan (proses) penyediaan atlet untuk buat persediaan setiap kejohanan,” katanya ketika ditemui Bernama di Arena Lawn Bowls Sarawak, Kuching di sini, hari ini.

Terengganu hari ini memulakan perjuangan untuk mengekalkan kejuaraan buat kali ketiga berturut-turut apabila saingan boling padang SUKMA 2024 membuka tirai dengan aksi pusingan awal di sini.

Zulkepli berkata skuad boling padang lelaki Terengganu ketika ini rata-ratanya dibarisi muka baharu manakala pasukan wanita menggandingkan pemain muda dan senior.

Meskipun begitu, katanya Terengganu tetap meletakkan harapan tinggi dengan menyasarkan pencapaian tiga pingat emas seperti edisi lepas.

“Sasaran kita tidak banyak, tiga emas daripada sembilan (keseluruhan), saya rasa dengan prestasi yang begitu cemerlang ditunjukkan pemain-pemain kami, saya rasa mungkin dapat mengatasi sasaran itu,” katanya tanpa mendedahkan butiran sasaran itu.

Beliau turut menjangkakan Johor, Sarawak, Wilayah Persekutuan, Perak dan Selangor akan memberikan tentangan sengit dalam mencabar kejuaraan selepas sering berada dalam kelompok tiga pasukan terbaik.

Acara boling padang yang menawarkan keseluruhan sembilan pingat emas bermula hari ini hingga 23 Ogos.– BERNAMA

BERITA LAIN

SUKMA XXII 2026: Mia berjaya raih emas

SELANGOR: Emylia Lynn Ghazali Zulfikar berjaya menghadiahkan pingat emas buat Kontinjen Sarawak pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII 2026. Bintang Muay Thai yang terkenal dengan

BERITA TERBARU