ARTIKEL

TERUS FOKUS...Barisan pemain skuad futsal Sarawak bersemangat ketika sesi latihan. - FOTO GHAZALI BUJANG

Skuad futsal Sarawak buru emas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Ketua jurulatih skuad futsal, Mohd. Faizal Zamri mengharap kehadiran penyokong ke Stadium Tertutup Kota Samarahan mampu mencetus semangat tambahan kepada pemain yang akan turun pada aksi final menentang Selangor petang esok (Jumaat).

Sekali gus, mampu merealisasi misi memenangi perlawanan tersebut untuk memastikan pingat emas milik Sarawak.

“Kita berterima kasih kepada penyokong yang hadir pada setiap perlawanan kami.

“Petang esok, sekali lagi kami amat mengharapkan kehadiran anda ke Stadium Tertutup Kota Samarahan untuk memberi sokongan kepada pemain sekali gus memberi tekanan kepada pasukan lawan,” ujar Faizal kepada Arena Suara Sarawak.

Faizal akui, kelebihan beraksi dihadapan penyokong sendiri akan dimanfaat dengan sebaik mungkin oleh barisan pemainnya bagi aksi penentu pingat emas dan perak petang esok.

Dalam pada itu, Faizal melihat peluang buat kedua-dua pasukan untuk memenangi perlawanan petang esok adalah seimbang.

“Kita percaya pasukan lawan akan tampil dengan corak permainan berbeza.

“Apa yang pasti, kita sudah bersedia untuk menghadapi gelora perlawanan akhir petang esok,” tambah Faizal lagi.

BERITA LAIN

SUKMA XXII 2026: Mia berjaya raih emas

SELANGOR: Emylia Lynn Ghazali Zulfikar berjaya menghadiahkan pingat emas buat Kontinjen Sarawak pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII 2026. Bintang Muay Thai yang terkenal dengan

BERITA TERBARU