ARTIKEL

Skuad hoki 5 sebelah (5s) lelaki negara ke pentas final

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Skuad hoki 5 sebelah (5s) lelaki negara memahat sejarah tersendiri dengan kejayaan melangkah ke pentas final edisi sulung Kejohanan Hoki 5s Piala Dunia 2024 di Muscat, Oman selepas menewaskan Poland 4-3 pada aksi separuh akhir berlangsung awal pagi tadi waktu Malaysia.

Pada pertembungan berlangsung di Hockey Oman Venue itu, skuad bimbingan Wallace Tan berbekalkan semangat juang tinggi terlebih dahulu membuka akaun jaringan menerusi pukulan penalti Muhammad Arif Syafie Ishak pada minit ketujuh disusuli Poland yang menyamakan kedudukan selang dua minit kemudian menerusi jaringan padang Damian Jarzembowski.

Bersambung babak kedua perlawanan, tiga gol terhasil daripada skuad 5s lelaki negara menerusi Mohamad Kamarulzaman Kamaruddin pada minit ke-19 diikuti kapten pasukan Mohamad Akhimullah Anuar Esook masing-masing pada minit ke-22 dan ke-24 sekali gus memastikan kedudukan selesa buat negara untuk mendahului 4-1 di depan Poland.

Poland bangkit merapatkan kedudukan apabila mencetak dua gol masing-masing menerusi Wojciech Rutkowski (27′) dan Jakub Holosyniuk (30′), namun ternyata tidak cukup untuk mengekang hasrat skuad negara untuk mara ke peringkat seterusnya.

Skuad negara dijadualkan bertemu Belanda di pentas final pada 12.20 tengah malam ini.

“Apa yang boleh dikatakan tentang perlawanan hari ini, pemain Malaysia telah memberikan segalanya berjuang sehingga ke saat akhir.

“Yang terakhir tu Poland dapat cabar tapi kita dapat selamatkan sekali gus memenangi perlawanan ini,” kata Wallace menerusi video dikongsikan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) kepada media.– BERNAMA

BERITA LAIN

SU Enterprise juara edisi sulung

KOTA SAMARAHAN: Pasukan SU Enterprise FC berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Veteran 2024 anjuran Unit Saberkas Kampung Tanjung Bundong, Kota Samarahan. Skuad yang

SPFC julang Piala Sumbangsih Serian 2024

SERIAN: Jagoan terbilang SPFC berjaya merangkul Piala Sumbangsih Serian 2024 selepas menumpaskan X Movent 3-2 pada perlawanan pembukaan Liga Serian yang berlangsung di Kompleks Sukan

BERITA TERBARU

SU Enterprise juara edisi sulung

KOTA SAMARAHAN: Pasukan SU Enterprise FC berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Veteran 2024 anjuran Unit Saberkas Kampung Tanjung Bundong, Kota Samarahan. Skuad yang

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul

Anak beranak maut kemalangan rempuh lampu jalan

KUANTAN: Seorang bapa dan anak lelakinya maut apabila motosikal mereka terbabas dan melanggar lampu jalan di KM18 Jalan Jerantut-Temerloh berhampiran simpang Bukit Ketupat, malam tadi.