MUKAH: Skuad Judo Sarawak gagal meraih pingat pada hari terakhir perlawanan di Dewan UiTM Mukah, sebentar tadi.

Kelima-lima peserta yang beraksi pada perlawanan hari ini diatasi dengan mudah oleh pihak lawan.
Antara kategori yang disertai oleh skuad judo Sarawak ialah lelaki bawah 90kg dan atas 90kg. Manakala bagi kategori perempuan adalah bawah 44kg, 48kg dan 52kg.
Terdahulu, pada perlawanan pertama skuad judo Sarawak hanya mendapat emas yang disumbang oleh Xin Hung Tan kategori wanita (63kg).
Sementara itu, dua pingat perak masing-masing disumbangkan oleh Michael Leano Jerim (60 kg lelaki) dan Ko Jia Leng (70 kg wanita).
Bagi kategori lelaki bawah 55kg, 66kg dan 73kg dimenangi oleh peserta dari Johor diikuti kategori lelaki bawah 60kg dan 90kg dimenangi oleh peserta dari Terengganu.
Manakala, Penang memenangi kategori bawah 81kg dan Wilayah Persekutuan memenangi atas 90kg.
Hadir sama menyampaikan pingat ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tellian Royston Valentine.



