MIRI: Skuad lawan pedang foil lelaki berpasukan berjaya meraih pingat emas pada perlawanan akhir acara berkenaan dengan menewaskan pasukan dari Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.
Pasukan tuan rumah itu diwakili oleh atlet yang terdiri daripada Akshon Hydeer Natakusuma, Chang Kai Yong, Chong Hong Li, dan Chong Ting Jing.
Manakala, Wilayah Persekutuan diwakili Badroel Ridzuan Uzair Zaftan, Goh Wen Hao, Kamalanathan Kaerlan Vinod, dan Yam Yi Jien Ethan.
Sementara itu, Selangor yang juga merupakan pesaing sengit dalam acara berkenaan berada pada kedudukan ketiga, dan sekali gus meraih pingat gangsa.
Sebelum ini, skuad lawan pedang turut memenangi dua pingat perak daripada kategori epee wanita individu dan epee wanita berpasukan.
Melalui kemenangan tersebut, ia sekali gus membuktikan bahawa skuad Sarawak sudah bersedia untuk menyertai acara berkenaan dalam sebarang temasya sukan yang akan datang.



