ARTIKEL

Atlet pelayaran Terengganu bergambar semasa menjalani latihan sebagai persiapan menjelang Sukan Malaysia (Sukma) ke-21 di Kampung Tanjung Gelam, Kuala Nerus. | BERNAMA

Skuad pelayaran SUKMA Terengganu sasar lapan pingat emas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA NERUS: Pasukan Pelayaran Terengganu menyasarkan lapan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 di Sarawak, yang bakal berlangsung dari 17 hingga 24 Ogos.

Ketua jurulatihnya Abdul Rani Idris berkata antara acara yang termasuk dalam sasaran itu ialah International 420 Lelaki, International 420 Perempuan, RS One Perempuan, RS One Lelaki, ILCA 4 Lelaki dan ILCA 4 Perempuan.

Beliau berkata untuk temasya kali ini, Terengganu akan menghantar seramai 17 atlet untuk mengambil bahagian dalam 13 acara sukan pelayaran, daripada 14 acara keseluruhan yang dipertandingkan.

“Kita sasarkan untuk enam ke lapan pingat emas pada Sukma kali ini.

Ada acara yang kita tidak sasarkan emas, tetapi mungkin boleh beri kejutan kepada pesaing.

“Antaranya acara Optimist Berpasukan, Optimist Lelaki dan Optimist Perempuan.

Kita juga menyasarkan untuk menang pingat dalam kesemua 13 acara yang disertai,” katanya ketika dihubungi semalam.

Abdul Rani berkata atlet pelayaran Terengganu kali ini dibarisi 50 peratus atlet lama dan 50 muka baharu, yang berusia antara 12 hingga 19 tahun.

Beliau berkata program latihan juga sudah memasuki fasa akhir, yang memberi fokus kepada pemantapan kemahiran dan fokus penjagaan atau penyelenggaraan bot.

Abdul Rani berkata mengikut perancangan, skuad pelayaran Terengganu akan berkampung dua atau tiga minggu lebih awal di Miri, Sarawak untuk menjalani latihan serta menyesuaikan diri dengan keadaan di lokasi pertandingan.

“Pada Sukma 2022 di Kuala Lumpur kita telah berjaya mengutip tujuh emas, tiga perak dan satu gangsa untuk Terengganu.

“Kali ini kita harap dapat menghadiahkan lebih banyak pingat untuk menjadikan Terengganu juara Sukma 2024,” katanya yang menjangkakan cabaran sengit daripada pasukan tuan rumah, Sabah, Kedah dan Selangor. — BERNAMA

BERITA LAIN

GP Malaysia 2026: Hakim Danish Raih Petak Ketiga

SEPANG: Pelumba Moto3 negara Muhammad Hakim Danish Ramli meletakkan dirinya dalam kedudukan terbaik untuk memburu podium Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2026 selepas meraih petak

BERITA TERBARU

Pesta Tanglung Mukah 2026 tarik 7,000 pengunjung

MUKAH: Kira-kira 7,000 pengunjung membanjiri Pesta Tanglung Bahagian Mukah 2026, mencatatkan peningkatan kehadiran berbanding penganjuran tahun sebelumnya. Pesta yang memasuki edisi kelima sejak diperkenalkan pada