ARTIKEL

Facebook Hannah Yeoh

Skuasy dipertandingkan di Olimpik 2028, peluang emas pertama negara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menyifatkan penyenaraian skuasy pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28) sebagai berita baik untuk Malaysia yang masih memburu emas pertama di temasya sukan terbesar dunia itu.


Beliau berkata, perkembangan itu menggembirakan kerana Malaysia berada di landasan tepat untuk meraih pencapaian positif di Los Angeles selepas acara skuasy menyumbangkan tiga emas pada Sukan Asia Hangzhou 2022, baru-baru ini.


Katanya, Jawatankuasa Road To Gold (RTG) memberi perhatian perkembangan itu dalam memastikan semua atlet yang berpotensi membutirkan emas di Sukan Olimpik Paris 2024 dan LA28 mendapat bantuan sewajarnya.


		

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU