ARTIKEL

Vojko Volk

Slovenia akan undi sokong keahlian Palestin dalam PBB minggu depan – laporan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MOSCOW, Rusia: Slovenia akan menyokong keahlian Palestin dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam undian minggu depan bersama Perancis dan Malta, lapor Sputnik yang memetik laporan Agensi Akhbar Slovenia (STA) berdasarkan kenyataan Menteri Luar Slovenia, Vojko Volk.

Pada Isnin, permohonan Palestin untuk menyertai PBB sebagai ahli penuh telah dirujuk kepada Jawatankuasa Kemasukan Ahli Baharu tanpa bantahan semasa satu mesyuarat Majlis Keselamatan PBB. 

Palestin mengemukakan surat permohonan keahlian PBB pada minggu lepas dan meminta agar permohonannya pada 2011 dipertimbangkan semula.  

Pada lewat Mac, Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez, berkata Kerajaan Sepanyol telah bersetuju dengan pihak berkuasa dari Ireland, Slovenia dan Malta untuk mengambil langkah pertama ke arah mengiktiraf sebuah negara Palestin bagi menggalakkan proses perdamaian. 

Palestin diiktiraf sebagai sebuah negara oleh sembilan ahli Kesatuan Eropah (EU) iaitu Bulgaria, Cyprus, Republik Czech, Hungary, Malta, Poland, Romania dan Slovakia yang membuat keputusan itu pada 1988 lagi sebelum menyertai EU sementara Sweden mengiktiraf negara Palestin pada 2014.
   
Rakyat Palestin mencari pengiktirafan diplomatik untuk negara mereka yang merdeka meliputi wilayah di Tebing Barat, termasuk Baitulmuqaddis Timur yang sebahagiannya diduduki Israel dan Semenanjung Gaza.

Kerajaan Israel enggan mengiktiraf Palestin sebagai sebuah entiti politik dan diplomatik merdeka dan membina penempatan dalam kawasan yang diduduki biarpun menerima bantahan daripada PBB. – BERNAMA-SPUTNIK

BERITA LAIN

BERITA TERBARU