ARTIKEL

SMA cipta aplikasi bantu perangi Covid-19

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) akan membantu Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) membangunkan aplikasi penjejakan digital dan pemetaan digital sebagai usaha memerangi wabak Covid-19.

Pengerusi JPBN merangkap Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, aplikasi “digital tracking” adalah untuk mengesan individu yang telah dikenal pasti menjalani kuarantin di rumah.

“Ini akan membantu mereka untuk mematuhi syarat kuarantin yang telah ditetapkan.

Mungkin ada alat dipasang di tangan mereka,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Tambah Uggah, aplikasi kedua ialah pemetaan digital yang digunakan untuk mengenal pasti kawasan panas jangkitan Covid-19.

“Kami akan menyiasat punca kluster pesakit seperti acara yang dihadirinya sebelum disahkan positif termasuk kontaknya.

“Ini bagi mengelakkan Covid-19 daripada terus merebak ke kawasan lain,” jelasnya.

Sementara itu, Pengurus Besar SMA Dr. Zaidi Razak ketika dihubungi memberitahu, pihaknya akan menempatkan kakitangannya di Pusat Kesediaan dan Tindak Balas Krisis (CPRC).

“Kami akan mengkaji bagaimana kluster terdedah kepada Covid-19 dan mencadangkan yang terbaik untuk memutuskan rangkaiannya,” ujarnya ringkas.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha