ARTIKEL

Lawai Jok semasa berucap pada program Gotong-Royong Bersama Komuniti di Dewan Masyarakat Kpg Baru, Bintulu,pada Ahad.

Sokong produk kitar semula, jadikan bahan buangan sebagai cenderahati

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Agensi kerajaan dan syarikat swasta digalakkan untuk menyokong produk kitar semula yang dihasilkan daripada bahan buangan untuk dijadikan sebagai cenderahati.

ADUN Jepak Iskandar Turkee berkata, ia bukan sahaja menjana pendapatan komuniti setempat, sebaliknya dapat mendidik orang ramai mengenai kepentingan memulihara alam sekitar serta ilmu pengetahuan berkaitan pencemaran alam sekitar.

Beliau berkata, bahan buangan seperti plastik boleh dikitar semula untuk dijadikan rantai kunci menggunakan ikonik Bintulu sebagai cenderamata kepada pelawat atau pengunjung.

“Sekiranya produk-produk kitar semula ini ada, jabatan kerajaan dan sektor swasta mungkin boleh mendapatkannya untuk dijadikan sebagai cenderamata diberikan kepada rombongan pelawat ke jabatan-jabatan mereka di Bintulu,”katanya pada program Gotong-Royong Bersama Komuniti di Dewan Masyarakat Kampung Baru, di sini.


Iskandar dalam pada itu, menzahirkan penghargaan kepada pihak Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) atas inisiatif menganjurkan program seumpama itu disifatkan mendidik serta memupuk sikap mencintai alam sekitar.

Berita lanjut dalam epaper STSS.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah