ARTIKEL

Sokong tempoh PKP dilanjutkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Datuk Abdul Karim mencadangkan agar tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan dengan sedikit kelonggaran. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) itu berkata, ia merupakan pandangan peribadinya sewaktu perbincangan dalam mesyuarat JPBN.

“Saya berasakan bahawa PKP perlu dipanjangkan tetapi dengan kelonggaran tertentu untuk pelbagai jenis peniagaan tertentu… mesti ada kelonggaran,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, kelmarin. Menjelas lanjut katanya, kelonggaran PKP tidak akan mengekang misi negara untuk bebas Covid-19.

“Mungkin kelonggaran boleh diberikan kepada mereka yang berniaga atau masa yang ditetapkan untuk berkurung sepenuhnya seperti di Sarawak bermula pada jam 7 malam hingga 7 pagi. “Ia mungkin boleh dilonggarkan sedikit atau lebih kurang seperti itu.

“Kerana apa yang amat penting di sini ialah kita dapat menangani dan mematikan the curve Covid-19 supaya tidak melonjak ke atas tetapi sentiasa menurun,” jelas beliau. Abdul Karim berkata, dalam tempoh satu ke dua minggu ini, graf menunjukkan kestabilan dan tidak melonjak seperti yang berlaku di Itali, Sepanyol, Amereka Syarikat dan sebagainya.

“Graf di negara tersebut sentiasa melonjak manakala graf kita agak perlahan. “Bagaimanapun, harapan kita adalah untuk melihat penurunan,” tegasnya. Terdahulu tempoh PKP fasa pertama dilaksanakan bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020 manakala untuk fasa kedua dilanjutkan sehingga 14 April ini.

BERITA LAIN

378 permohonan ALAF di Tellian belum dilaksanakan

KUCHING: Sebanyak 378 permohonan di bawah Projek Pemohon Tambahan atau Lewat (ALAF) di Tellian belum dilaksanakan setakat ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston

BERITA TERBARU