ARTIKEL

Sokongan padu rakyat suntik semangat saya untuk hulur khidmat terbaik – Huang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Kerajaan Sarawak terus memberi tumpuan terhadap aspek prasarana sejajar dengan pelaksanaan pelan pembangunan bersepadu untuk manfaat rakyat.

ADUN N.45 Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii berkata, inisiatif tersebut amat penting dalam usaha membangunkan kawasan N.45 Repok dalam pelbagai sudut khususnya ekonomi berasaskan pertanian.

Perlaksanaan projek itu katanya, membuktikan kerajaan tidak mengabaikan keperluan rakyat yang ingin menikmati kemudahan yang lebih selesa.

“Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa mengambilkira keperluan rakyat agar mereka tidak tersisih dalam arus pembangunan.

“Keperluan dan kebajikan rakyat di kawasan ini diberikan perhatian yang sewajarnya,” katanya ketika dihubungi pemberita selepas mengadakan lawatan ke beberapa tapak projek RTP, semalam.

Dalam lawatan itu, beliau sempat meninjau beberapa projek di kawasannya termasuk di Persatuan Bola Keranjang Sarikei, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Su Ming, Gereja St Alban, Gereja Nyelong Methodist, Gereja Yien Sung Methodist, Gereja Sarawak Full Gospel dan Gereja Bee Eng Methodist.

Sehubungan itu Huang berkata, kesungguhan kerajaan juga banyak membantu menyelesaikan masalah yang berkaitan.

“Sokongan padu rakyat DUN Repok meningkatkan lagi semangat saya untuk memberi perkhidmatan yang terbaik bagi memastikan kawasan saya tidak ketinggalan dalam arus pembangunan,” ujarnya.

 

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha