ARTIKEL

Sim ketika berucap pada Program Meditasi Keluarga sempena Hari Meditasi Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Kedua di Dewan Solat Pelbagai Agama di HUS, di sini, hari ini.

Sokongan rohani di hospital penting tangani tekanan, kata Dr Sim

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penyediaan kemudahan sokongan rohani dan emosi di hospital memainkan peranan penting dalam membantu pesakit, ahli keluarga serta petugas kesihatan menangani tekanan persekitaran perubatan yang mencabar.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian berkata, perkara itu dapat dilihat menerusi kewujudan Dewan Solat Pelbagai Agama di Hospital Umum Sarawak (HUS), yang merupakan antara inisiatif sokongan menyeluruh dan jarang ditemui di hospital lain di seluruh negara.

Menurut beliau, hospital sering dianggap sebagai tempat yang penuh tekanan, namun perhatian terhadap tekanan mental dan emosi yang dialami petugas kesihatan masih kurang diberikan.

Sim merakam gambar kenangan bersama-sama tetami kehormat dan tetamu yang hadir.

“Ramai orang memahami tekanan yang dialami oleh pesakit dan ahli keluarga mereka, tetapi kurang sedar bahawa kakitangan hospital seperti doktor dan jururawat juga mengalami tekanan.

“Bagi pesakit dan keluarga, semua orang tahu bagaimana untuk menanganinya kerana terdapat pelbagai bentuk sokongan yang diberikan, meskipun masih tidak mencukupi dan banyak lagi usaha perlu dilakukan. Namun, sekurang-kurangnya kesedaran itu sudah wujud,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Meditasi Keluarga sempena Hari Meditasi Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Kedua di Dewan Solat Pelbagai Agama HUS, di sini, hari ini.

Mengulas mengenai meditasi, Dr Sim berkata, amalan tersebut penting untuk tubuh badan, kesedaran diri (mindfulness) dan kerohanian, sekali gus membantu proses pemulihan pesakit.

“Inilah yang kita fahami dari sudut psikologi kerohanian.

Meditasi dan amalan-amalan ini mempengaruhi hormon dan sebagainya. Namun, kita mesti membina satu gerakan yang memberi manfaat kepada Sarawak. Itulah perkara yang paling penting,” katanya.

Beliau turut memaklumkan tekanan dan keletihan melampau (burnout) merupakan realiti yang dihadapi oleh profesional perubatan sebagai sebahagian daripada sifat kemanusiaan, selain menegaskan meditasi sebagai mekanisme daya tindak yang berkesan.

“Walau apa pun, doktor tetap mengalami tekanan dan boleh mengalami keletihan melampau.

Ini sifat manusia. Sebab itulah meditasi dan amalan seperti ini penting sebagai mekanisme daya tindak untuk berhenti seketika, berfikir, bermuhasabah dan memberi fokus,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau mengalu-alukan gerakan kerohanian seperti Brahma Kumaris, sambil menyatakan meditasi Raja Yoga yang bermula pada tahun 1937 kini diamalkan di 170 negara, namun menegaskan kepentingan pelaksanaannya dalam konteks Sarawak.

“Saya mengalu-alukan semua ini, tetapi anda mesti ingat kita berada di Sarawak. Fikirkan untuk Sarawak. Kita boleh berkongsi dengan orang lain. Ia bukan sekadar sentiasa mengambil daripada anda,” tegasnya.

Sementara itu, Pengarah HUS, Dr. Ngian Hie Ung berkata, walaupun rawatan kesihatan lazimnya menumpukan kepada kesihatan fizikal, keperluan bukan fizikal pesakit tidak boleh diabaikan.

“Dalam konteks perubatan, meditasi boleh dianggap sebagai rawatan bukan farmakologi atau rawatan sokongan untuk melengkapi rawatan perubatan konvensional,” katanya, sambil memaklumkan kajian sedia ada menunjukkan meditasi mampu membantu mengurangkan keletihan, kemurungan dan kebimbangan, walaupun bukti saintifiknya masih berada pada tahap sederhana.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU