ARTIKEL

Solarvest akan pasang panel fotovoltaik solar terbesar di Malaysia di pusat beli belah 1 Utama

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.

Sistem tenaga solar itu akan meliputi 273,300 kaki persegi kawasan bumbung dan tempat letak kereta, menjana lebih daripada 5,700 kilowatt puncak (kWp) tenaga boleh baharu bagi membekalkan kuasa kepada pusat beli-belah itu, kata syarikat tersebut dalam satu kenyataan bersama semalam.

Solarvest akan menyelia kerja-kerja kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan, dan pengoperasian untuk pemasangan sistem dan menjalankan kajian tapak bagi menentukan kapasiti yang paling kos efektif untuk memenuhi keperluan tenaga pusat beli-belah itu.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Solarvest Davis Chong Chun Shiong berkata terdapat peningkatan minat terhadap penggunaan tenaga bersih, terutamanya dalam kalangan pemain komersial dan industri.

“Peningkatan nilai perolehan kontrak kami di Malaysia daripada 1.6 gigawatt (GW) tahun lepas kepada 2.8 GW tahun ini menunjukkan pertambahan pesat penggunaan tenaga bersih,” katanya dalam kenyataan itu.

Sementara itu, pengurus kanan perhubungan awam dan kemampanan 1 Utama Lee Li Lian berkata pemasangan sistem tenaga solar itu merupakan langkah kehadapan bagi pusat beli-belah itu untuk mencapai matlamat pembinaan alam sekitar, sosial dan tadbir urus serta sifar tenaga.

“Dengan tenaga solar sebagai sumber elektrik yang terjamin dan bertanggungjawab, kami berharap dapat melaksanakan lebih banyak projek pada masa akan datang bagi mengurangkan penggunaan tenaga dan mengoptimumkan sumber,” katanya. — BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Ruby Elite sasar PNGK 4.00 STPM 2027

KOTA SAMARAHAN: Pelajar Tingkatan Enam daripada empat sekolah menengah di Samarahan menyertai Program 4.00: Ruby Elite Siri 1 STPM 2027 bagi memperkukuh persediaan akademik dan