ARTIKEL

Siti (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan wang tunai kepada Arabi Samsudin (waris mangsa) sambil disaksikan oleh Pengerusi Persatuan Kedayan Miri, Mohamad Abdullah (dua dari kiri), dan ahli-ahli Persatuan Kedayan Miri.

Solidariti Persatuan Kedayan Miri kepada mangsa tanah runtuh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Persatuan Kedayan Miri telah menyalurkan bantuan berbentuk wang tunai kepada waris mangsa kejadian tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Miri, pagi tadi.

Pengerusi Persatuan Kedayan Miri, Mohamad Abdullah Jamin, berkata sumbangan ini merupakan tanda sokongan dan keprihatinan pihaknya terhadap mangsa yang terjejas.

“Kami dari Persatuan Kedayan Miri amat bersimpati dengan musibah yang menimpa keluarga mangsa.

“Sumbangan ini adalah sebagai tanda sokongan kami kepada mereka yang terkesan, dan kami berharap ia dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Acara penyerahan disempurnakan oleh wakil Persatuan Kedayan Miri, Siti Muntil, yang diadakan di Taman Jelita Miri, pagi tadi.

Menurut Mohamad, Persatuan Kedayan Miri akan terus berusaha membantu komuniti yang memerlukan dan mengalu-alukan kerjasama daripada pelbagai pihak dalam usaha kebajikan ini.

“Kami menyeru agar lebih ramai pihak tampil menghulurkan bantuan bagi membantu mangsa membina semula kehidupan mereka.

“Semoga dengan sumbangan ini, keluarga mangsa diberi kekuatan untuk menghadapi dugaan dan bangkit meneruskan kehidupan,” jelas beliau lagi.

Terdahulu, sebagai tanda keprihatinan dan solidariti terhadap keluarga mangsa tragedi tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, ahli-ahli Persatuan Kedayan Miri telah berkunjung ke rumah Arbi Samsudin, 74, salah seorang mangsa yang terselamat dalam kejadian malam tersebut.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha