PUNGUTAN suara terbaharu di Dewan Keselamatan PBB berkaitan resolusi gencatan senjata Gaza pada Jumaat mendapat veto Amerika Syarikat (AS).
Meski 13 negara menyokong resolusi dibawa Emiriyah Arab Bersatu (UEA), daripada 15 anggota, Britain mengundi berkecuali.
Ketika ini kematian melibatkan rakyat Gaza mencapai lebih 17,000 jiwa dalam serangan udara dua bulan.
Sebahagian besar 2.3 juta penduduk Gaza terusir dari rumah dan menjadi pelarian.
Agresi Israel turut melumpuhkan 21 hospital dan 110 fasiliti kesihatan lainnya di Gaza termasuk kematian 287 personel kesihatan.
Tidak hanya Gaza, menurut Al Jazeera, Tebing Barat turut menjadi sasaran dengan 266 maut dan 3,365 cedera akibat serangan.
Sebanyak 70 peratus daripada total korban tewas merupakan kanak-kanak dan wanita. Perang kali ini turut merekodkan 75 wartawan turut menjadi mangsa.
Ketika serangan semakin mengganas, Unesco didesak melindungi bangunan dan tapak bersejarah ribuan tahun Gaza termasuk masjid dan gereja.
KESELAMATAN
Biden sendiri berulang kali mendesak Israel menjamin keselamatan warga awam sesuai undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
Setiausaha Jenderal PBB Antonio Guterres turut memperingatkan Dewan keselamatan PBB berkaitan ancaman perang global.
Guterres berulang kali menyeru gencatan senjata kemanusiaan.
Beliau menghantar surat menyinggung Pasal 99 Piagam PBB, mengatakan aksi Israel di Gaza selama lebih lapan minggu membuat warga awam berdepan bencana.
Beliau menyeru peningkatan penyediaan bantuan kemanusiaan bagi memenuhi keperluan asas warga awam khususnya kanakkanak.
Ketika ini, Lubnan dan Yaman turut terheret dalam bencana perang ini, ketika Netanyahu menyatakan pihaknya tidak ragu mengubah Beirut sama seperti Gaza.
Kumpulan Houthi di Yaman turut melancarkan pelbagai serangan sejak negara zionis itu menggempur Gaza.
Di sebalik memburuknya konflik Timur Tengah ini, Presiden Rusia, Vladimir Putin banyak kali mengatakan pendiriannya membela Palestin.
Ini termasuk mengemuka draf resolusi gencatan senjata, mengecam penglibatan AS menyokong Israel, selain menyokong kemerdekaan Palestin.
KUASA
Terkini, Putin bertemu Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed Salman turut membahas situasi Timur Tengah.
Di Moscow sendiri, Putin, 71, yang berdepan isu perang dengan Ukraine, dikatakan sedia maju untuk bertanding Pilihan Raya Presiden Rusia 2024 untuk memanjangkan kuasa beliau sehingga melangkaui 2030.
Putin dan banyak negara di dunia mengalu-alukan keamanan di Timur Tengah serta mendesak gencatan senjata berkuat kuasa serta-merta meski banyak pihak mengkritik beliau sendiri agar turut menghentikan perang di Eropah.
Putin mempunyai perspektifnya sendiri menyalahkan AS berkaitan Perang Eropah itu.
Putin turut vokal mengkritik agresi Israel ke Palestin dan mendukung kemerdekaan Palestin sebagai solusi mengakhiri konflik.
Malah cuba melastik dua burung dengan satu batu, Putin menuding “elit penguasa AS” untuk dikaitkan dengan konflik di Ukraine, Afghanistan, Iraq dan Syria.
Sebelum kunjungannya ke Arab Saudi, Presiden Putin disambut di UEA, bertemu Presiden Sheikh Mohamed Zayed al-Nahyan.
Menjadi pengetahuan dunia bahawa Moscow mempunyai hubungan dan mitra dagang dengan UEA, mencapai AS$9 bilion 2023 terutama dalam industri minyak dan gas.
Mendapat perintah penangkapan dari Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) berkaitan Ukraine, Putin tidak dihadang masuk UEA dan Arab Saudi, yang jelas tidak meratifikasi statut Rom ICC.
API PERANG
Bercakap tentang masa depan Rusia, Putin mendorong wanita Rusia memiliki lapan anak atau lebih, serta membentuk keluarga yang besar.
Beliau berpendapat peningkatan populasi menjadi tujuan utama, termasuk memberi insentif pemerintah untuk mendorong kelahiran.
Putin dikatakan “lapar” mendapat mandat yang luas sehingga mampu berkuasa mencapai 2036 ketika berdepan kritikan tidak transpasran ke atas peraturan media dan pilihan raya.
Mahu memadam api perang di Timur Tengah, Putin juga harus berani memadamkan api perang di Eropah.
Sayangnya, seperti melihat ada AS di belakang Israel dalam sengketa Timur Tengah, begitu juga Putin percaya ada kelibat AS di belakang Ukraine di Eropah.




