PELAKON, Song Ji-hyo, 42, menang saman terhadap agensi Uzurocks berkenaan konfl ik berkaitan gaji yang tidak dibayar, selain isu peletakan jawatan.
Pada Rabu lalu, mahkamah memaklumkan Uzurocks tidak memfailkan rayuan dalam tempoh dua minggu selepas perbicaraan terakhir kes itu pada 28 November 2023.
Mengikut undang-undang, kegagalan agensi itu berbuat demikian sekali gus memberi kemenangan kepada Ji-hyo.
“Kami merancang membayar (jumlah yang Song Ji-hyo layak dapat).
Menjadi kewajipan untuk kami membayarnya.
Kami berada di pihak yang salah,” katanya wakil agensi Uzurocks.
Pada 22 November lalu, mahkamah memerintahkan Uzurocks membayar RM3.5 juta berserta imbuhan kelewatan sebagai wang penyelesaian kepada pelakon itu dengan jumlah keseluruhan sekitar RM3.6 juta.



