ARTIKEL

Wong Soon Koh bersama-sama ahli PSB merakam gambar kenangan selepas Persidangan Perwakilan Luar Biasa PSB yang dihadiri sekitar 400 perwakilan, hari ini.

Soon Koh kunci mulut keputusan Persidangan Perwakilan Luar Biasa PSB

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB) Datuk Sri Wong Soon Koh mengunci mulut berhubung keputusan yang dicapai dalam Persidangan Perwakilan Luar Biasa parti itu yang berlangsung, hari ini.

Persidangan yang bermula jam 3 petang bertempat di Joystar Garden Restaurant, di sini, menarik perhatian ramai kerana berita angin bertiup kencang mendakwa tujuan utama adalah untuk mencapai kata sepakat berhubung pembubaran PSB.

Ketika ditemui pemberita usai sesi persidangan yang berlangsung sekitar dua jam setengah itu, Soon Koh hanya menggelengkan kepala enggan menjawab pertanyaan yan diajukan.

“Saya tidak mempunyai sebarang komen,” katanya ringkas dan berlalu pergi bersama-sama sekitar 400 ahli yang hadir.

Difahamkan, persidangan itu bukan sahaja untuk membubarkan parti, tetapi untuk turut memohon menyertai arti Demokratik Progresif (PDP) secara sekali gus dalam kumpulan.

Terdahulu, notis persidangan luar biasa itu bertarikh 1 Februari 2024 menyatakan agenda utama adalah pembentangan resolusi yang akan diluluskan untuk membubarkan parti, sebelum persidangan berakhir.

PSB sebelum ini dilaporkan akan membubarkan parti itu dalam tahun ini untuk merealisasikan penggabungannya dengan PDP selepas menerima ‘lampu hijau’ untuk kira-kira 80,000 ahlinya menyertai PDP secara sekali gus dalam kumpulan.

PSB merupakan parti pembangkang kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) terutama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu, manakala PDP adalah parti komponen GPS.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Polis Sahkan Pegawai Kastam Maut Dipercayai Dibunuh Suami

NILAI: Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.