ARTIKEL

Sorak Mawang FC rangkul kejuaraan kedua

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sorak Mawang FC (SMFC) melakar kejuaraan kedua sejak penubuhannya pada 2023 selepas menewaskan Payang x Zurri FT 4-3 dalam final sengit Kejohanan Liga Persahabatan Edisi Pertama 2026 di Padang Kampung Sorak Mawang, Serian, Ahad lalu.

Kemenangan itu membolehkan SMFC muncul juara dalam kalangan 24 pasukan yang membabitkan 432 pemain sekitar Serian, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 berserta piala dan pingat.

TULANG BELAKANG… Goswin (tengah, tiga dari kanan) bersama barisan pengurusan yang menjadi nadi penting di sebalik kejayaan SMFC.

Pengurus SMFC, Goswin Ruwan, berkata, kejayaan itu hasil komitmen dan kerjasama seluruh pasukan yang berjaya mengekalkan prestasi konsisten sejak peringkat kumpulan sehingga perlawanan akhir.

“Kejayaan ini adalah hasil kerjasama erat antara pihak pengurusan, jurulatih dan pemain yang sentiasa memberikan komitmen terbaik,” katanya kepada Suara Sarawak, hari ini.

Pada final, SMFC membuka jaringan menerusi Paul Sambang pada minit ke-20 sebelum Mohd Kamarul Julai menambah dua gol pada minit ke-40 dan ke-45.

Zulhiksan Salleh kemudian melengkapkan empat jaringan SMFC pada minit ke-60 untuk memastikan kemenangan 4-3 ke atas Payang x Zurri FT.

PEMAIN TERBAIK… Ketua pasukan SMFC, Nicklister Wilfred (kiri), menerima trofi Anugerah Pemain Terbaik daripada John Ilus susulan aksi cemerlangnya sepanjang perlawanan.

Goswin mengakui perlawanan akhir berlangsung sengit apabila kedua-dua pasukan saling berbalas jaringan demi merebut gelaran juara.

Goswin berkata, kejayaan kedua sejak penubuhan kelab tiga tahun lalu membuktikan perkembangan positif SMFC yang kini memasang sasaran lebih besar dalam saingan bola sepak.

“Perancangan seterusnya adalah untuk membawa pasukan menyertai liga yang lebih tinggi, sama ada di peringkat Sarawak mahupun Malaysia pada masa hadapan,” katanya.

Sebelum mara ke final, SMFC terlebih dahulu mengharungi cabaran getir di separuh akhir apabila terikat 2-2 dengan Mentu Project sebelum menang 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti.

SOKONGAN PEMIMPIN… Pasukan SMFC merakamkan gambar kenangan bersama John Ilus (tengah).

Kecemerlangan SMFC turut dilengkapkan dengan dua anugerah individu apabila ketua pasukan, Nicklister Wilfred, dinobatkan sebagai Pemain Terbaik, manakala Valentine Josep menerima anugerah Penjaga Gol Terbaik.

Sementara itu, Payang x Zurri FT selaku naib juara membawa pulang RM2,000 berserta piala dan pingat, manakala Mentu Project di tempat ketiga dengan hadiah RM1,000, piala dan pingat.

Kejohanan anjuran SMFC itu menjadi platform kepada pasukan sekitar Serian untuk bersaing secara kompetitif, selain memperkukuh hubungan persahabatan dan mengembangkan bakat bola sepak tempatan.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja, John Ilus.

KONGSI KEJAYAAN… Pemain pertahanan SMFC, Syafiq Anazs (kanan), ceria merakamkan gambar kenangan bersama keluarga tercinta.

BERITA LAIN

Rakyat terima manfaat dasar kerajaan

MENJELANG Pilihan Raya Negeri Ke-13 (PRN-13), Sarawak sekali lagi berada di persimpangan penting dalam menentukan hala tuju politik dan pembangunannya. Lapan tahun selepas pembubaran Gabungan

PRN-13 peluang rakyat nilai prestasi GPS

KUCHING: Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13 memberi peluang kepada rakyat menilai pencapaian kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta menentukan hala tuju pembangunan negeri bagi

BERITA TERBARU

Jangan menekan-nekan

PERUBAHAN zaman bukan sahaja membawa kemajuan dalam kehidupan, malah turut membentuk generasi baharu dengan cara pemikiran, gaya hidup dan pendekatan berbeza. Pengelompokan generasi Z atau

Rakyat terima manfaat dasar kerajaan

MENJELANG Pilihan Raya Negeri Ke-13 (PRN-13), Sarawak sekali lagi berada di persimpangan penting dalam menentukan hala tuju politik dan pembangunannya. Lapan tahun selepas pembubaran Gabungan