ARTIKEL

PENGURUS BETONG... Awang Nashfarini Awang Sarbini.

SPL 2026: Betong sedia sekat Samarahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Skuad Betong bersedia menghadapi finalis musim lalu, Samarahan, pada perlawanan di Padang Bola Sepak Majlis Daerah Saratok (MDS) dalam kempen Liga Premier Sarawak 2026 (SPL 2026) petang esok (Sabtu).

Pasukan Betong menyasarkan kutipan mata menerusi aksi kedua peringkat Zon Selatan itu.

CETUS SEMANGAT… Awang Nashfarini Awang Sarbini (berdiri di tengah) bersama pemain selepas latihan.

Pengurus Betong, Awang Nashfarini Awang Sarbini berkata, pasukannya mahu fokus untuk memperoleh keputusan positif menentang Samarahan.

Menurut Nashfarini, beliau menyedari tugas berat menanti pemainnya pada perlawanan petang esok.

Hal itu mengambil kira reputasi hebat pasukan Samarahan yang turut diperkuatkan ramai pemain berstatus bintang.

Namun, ia bukan halangan besar buat pasukan Betong untuk cuba mencipta kejutan.

“Kita tahu Samarahan sebuah pasukan yang mantap di segenap posisi, selain diperkuatkan ramai pemain berpengalaman.

“Ia bukan satu halangan besar bagi kami. Saya percaya dengan kemampuan para pemain Betong dalam menghadapi gelora sebenar perlawanan esok,” ujar Nashfarini kepada Arena Suara Sarawak.

Katanya, setiap pasukan mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri.

Justeru, kata Nashfarini, mereka akan memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri petang esok.

Selain itu, beliau mengharapkan warga Betong hadir beramai-ramai ke gelanggang tersebut bagi memberi sokongan kepada pemain.

“Sokongan anda semua amat penting kerana saya percaya ia juga mampu mencetuskan semangat kepada pemain,” tambah beliau.

Nashfarini mengakui kejayaan memperoleh satu mata dalam aksi pembukaan menentang ATM di gelanggang lawan minggu lalu memberi inspirasi kepada pemain untuk cuba meneruskan momentum tersebut.

Semalam, Awang Nashfarini berkesempatan memberikan kata-kata semangat kepada pemain semasa latihan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU