ARTIKEL

PRESIDEN PBBS... Mohd Azri Johari.

SPL 2026: Samarahan tekad tebus kekecewaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Pasukan Samarahan berazam menebus kekecewaan yang dialami pada edisi pertama Liga Premier Sarawak 2026 (SPL 2026) dengan memburu kejuaraan musim ini.

Skuad yang dikenali sebagai antara pencabar utama itu menyasarkan untuk menjulang kejuaraan pada edisi kedua kejohanan berprestij anjuran Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS).

MANDI AIS… Pemain merendamkan badan dalam kolam ais khas. (Foto Faizal Bujang).

Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Samarahan (PBBS), Mohd Azri Johari berkata, pasukannya membawa misi besar untuk menebus kekecewaan musim lalu.

“Sasaran kita adalah untuk menebus kekecewaan pada edisi lepas. Dengan kata lain, kita mahu memastikan gelaran juara berjaya diraih,” ujarnya kepada Arena Suara Sarawak.

Beliau mengakui laluan ke arah itu bukan mudah kerana semua pasukan yang bertanding telah membuat persiapan rapi.

“Apa yang paling penting ialah memberi fokus kepada setiap perlawanan dan berusaha memperoleh tiga mata,” tambahnya.

Azri percaya misi tersebut tidak mustahil untuk direalisasikan.

Skuad Samarahan yang sinonim dengan gelaran The Nyo masih dibimbing tiga jurulatih berpengalaman, iaitu Ideris Untong, Awang Jobli Awang Bidin dan Teruna Haji Jeman.

Sehubungan itu, Azri berharap sentuhan trio berpengalaman tersebut mampu memastikan misi dan visi skuad Samarahan dapat direalisasikan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan