ARTIKEL

SPPA, KPWK anjur Iftar Ramadan 14 April ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) dan Persatuan Jurufoto Akhbar Sarawak (SPPA) bakal menganjurkan Iftar Ramadan di Pusat Sokongan Sosial Komuniti (CSSC) Kuching pada 14 April depan.

Menterinya, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, usaha menyemarakkan pusat terbabit merupakan julung kali diadakan bersama SPPA serta Pertubuhan Pembangunan Insan Sarawak.

“Ini adalah satu projek kolaborasi bersama dengan membawa golongan gelandangan untuk berbuka puasa bersama-sama.

“Kita akan mencari mereka, ini termasuk gelandangan, orang miskin, ibu tunggal dan anak yatim,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat daripada SPPA, hari ini.

Dalam perkembangan sama, beliau menzahirkan penghargaan kepada SPPA atas pembentukan jawatankuasa baharu.

Tegasnya, diharapkan dengan penubuhan tersebut dapat menjadi pemangkin semangat mereka menjalankan kerja dengan baik secara profesional serta membantu menjalani kerja-kerja sosial dalam komuniti.

Terdahulu rombongan SPPA diketuai oleh pengerusinya, Ahmad Rushdan Abdul Manan, diikuti timbalan pengerusi Chimon Upon, setiausaha Muhd Rais Sanusi, timbalan setiausaha Mohd Alif Noni, bendahari Nadim Bokhari dan timbalannya Ramidi Subari.

Turut serta ialah ahli jawatankuasa SPPA, Mohd Shafik Ahmad, Roystein Emmor Entai, Andre Oliveiro Rapa’ee, Awang Azmil Awang Ahmad, dan Mohmad Nahari Naha.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha