ARTIKEL

Gambar hiasan AI

SPRM anjur acara memanah untuk dekat dengan masyarakat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) bersama Enforcement, Leadership and Management University (ELMU) dan Yayasan Prihatin Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menganjurkan Kejohanan Panahan Padang Kebangsaan @ELMU 2024 (NFAC@ELMU2024) di Nilai, Negeri Sembilan pada 28 hingga 29 Disember ini.

Pengarah Acara, Jeffri Zaiham Jamaluddin, berkata kejohanan ini akan melibatkan kategori senior dan junior, yang menawarkan peluang kepada pemanah pelbagai peringkat umur dan tahap kemahiran untuk bersaing dalam suasana kompetitif serta inklusif.

“Memanah di lapangan ini unik kerana ia menyerupai konsep golf dengan 18 lubang, tetapi pemanah perlu menyelesaikan 24 checkpoint dengan jarak sasaran yang berbeza-beza.

“Ini memberikan cabaran yang menarik, terutama bagi pemanah yang biasa berlatih di lokasi memanah konvensional. Mereka kini akan menghadapi cabaran baharu yang lebih mencabar,” katanya dalam program Apa Khabar Malaysia terbitan Bernama TV hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Yayasan Prihatin SPRM, Zuhairie Abu Bakar, menyatakan bahawa kejohanan ini bukan sahaja bertujuan mempromosikan sukan memanah tetapi juga menjadi platform untuk mendekatkan masyarakat dengan SPRM.

“Kategori pertandingan yang melibatkan golongan senior dan junior memberikan peluang kepada SPRM untuk mendekati pelbagai lapisan masyarakat. Ini secara tidak langsung menyokong usaha integriti sambil memupuk kesedaran tentang pencegahan rasuah. Peserta juga berpotensi menjadi duta kecil dalam menyebarkan mesej anti-rasuah,” katanya.

Kejohanan yang julung kali diadakan ini bakal berlangsung di Kampus ELMU di Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan. Dengan lebih 100 peserta disasarkan, acara ini dijangka menarik minat generasi muda, terutamanya pelajar sekolah dan universiti. – BERNAMA

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU

Khir Rahman kembali ke pentas teater Istana Budaya

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah tersohor, Khir Rahman kembali beraksi di pentas teater selepas hampir sedekad menerusi pementasan Teater Muzikal Kanak-Kanak Pengembaraan Sang Kancil di