ARTIKEL

Datuk Seri Najib Tun Razak (Gambar fail)

SPRM peroleh dokumen bank berkaitan kes 1MDB dari beberapa negara melalui MLA – Saksi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beberapa negara telah menghulurkan bantuan dari segi penyerahan dokumen bank melalui Bantuan Undang-Undang Bersama (MLA) bagi membantu siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi Datuk Seri Najib Tun Razak.

Nur Aida Ariffin, 37, berkata antaranya ialah Switzerland, Barbados, Hong Kong dan Belanda.

Bagaimanapun, saksi pendakwaan ke-49  itu berkata keempat-empat negara tidak memberikan sebarang jawapan atau maklum balas ketika beliau mengemukakan permohonan untuk merakam percakapan saksi bank melalui Peguam Negara pada 2018 dan 2019.

Beliau juga berkata saksi dari Singapura iaitu bekas Ketua Perkhidmatan Pengurusan Dana Bank BSI (Singapura) Kevin Michael Swampillai, yang merupakan saksi pendakwaan ke-44, telah memberi keterangan kepada pasukan siasatan.

“Seorang lagi saksi dari bank yang sama iaitu Yak Yew Chee (bekas Pengarah Urusan Bank BSI) tidak mahu memberikan keterangan di sini,” katanya ketika disoal balas oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Nur Aida  berkata beliau dimaklumkan oleh pihak berkuasa Singapura bahawa Yak tidak mahu datang ke Malaysia walaupun rakaman percakapannya telah diambil semasa siasatan kes itu.

Ditanya Muhammad Shafee mengenai keberadaan Yak, saksi itu berkata “tidak tahu, pihak berkuasa Singapura memaklumkan dia tidak lagi berada di negara itu.” 

Pada Nov 2016, Yak telah dipenjara selama 18 minggu dan didenda SG$24,000 oleh Mahkamah Singapura selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan memalsukan dokumen serta dua pertuduhan gagal mendedahkan urus niaga mencurigakan berkaitan 1MDB.

Najib, 70, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.

— BERNAMA

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)