ARTIKEL

SPRM Sarawak sahkan terima maklumat video kempen di Asajaya, nafi dakwaan PKR

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak mengesahkan ada menerima maklumat mengenai video kempen seorang calon di DUN Asajaya.

SPRM Sarawak berkata, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) DUN Asajaya Mahmud Epah bersama-sama peguamnya Dominique Ng telah hadir ke pejabat SPRM di sini semalam pada jam 3 petang untuk memberi maklumat berhubung video tersebut.

“Calon PKR dan peguamnya juga telah menyerahkan satu salinan laporan polis berkaitan dengan isu yang sama kepada pihak SPRM,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut SPRM berkata, dakwaan Dominique Ng mengenai pegawai SPRM enggan menerima aduan yang dibuat olehnya dan tidak memperkenalkan diri adalah tidak benar.

“Pegawai yang bertugas pada masa itu telah memperkenalkan diri dan pengadu juga ada mencatatkan nama pegawai-pegawai yang bertugas pada masa itu pada sekeping kertas.

“Pegawai SPRM yang bertugas telah menerima aduan yang dibuat oleh kedua-dua pengadu dan telah disalurkan ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya untuk tindakan susulan sebaik sahaja mereka beredar dari pejabat SPRM Kuching,” katanya.

SPRM turut menyangkal dakwaan Dominique bahawa mereka dilayan seperti orang yang bersalah kerana dikelilingi enam orang pegawai pada ketika itu adalah tidak benar.

Jelasnya, pegawai-pegawai yang ada pada ketika itu merupakan pegawai yang juga sedang bertugas.

“Pengadu mula membuat provokasi kerana tidak berpuas hati setelah ditegur untuk tidak mengambil gambar pas pegawai yang sedang bertugas pada masa itu.

“Pihak SPRM sentiasa menjaga etika dan bersifat professional semasa menjalankan tugas berdasarkan peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke