ARTIKEL

Gambar hiasan

Sri Aman catat IPU 221

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak terus merekodkan antara bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tertinggi negara dengan Sri Aman mencatat bacaan 221 yang dikategorikan sebagai sangat tidak sihat setakat 9 pagi hari ini.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) berkata, tujuh lagi kawasan di Sarawak merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat termasuk Serian mencatat 194, Sarikei (190), Kuching (169), Samarahan (168), Mukah (165), Sibu (161) dan Kapit (154).

“Kualiti udara negara secara keseluruhan turut merosot hari ini apabila sejumlah 39 kawasan mencatatkan status sederhana, 28 kawasan pada tahap tidak sihat dan satu kawasan pada tahap sangat tidak sihat.

“Beberapa kawasan di Pantai Barat Semenanjung Malaysia dan Sarawak turut merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat dan sangat tidak sihat, yang dipengaruhi oleh pergerakan asap jerebu dari pelbagai arah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah JAS, beberapa lokasi di Semenanjung turut mencatatkan bacaan tidak sihat termasuk Sungai Petani, Kedah (161), Minden, Pulau Pinang (160), Cheras, Kuala Lumpur (160), Langkawi (157), Seberang Perai (157), Seberang Jaya (156), Kangar (155), Alor Setar (155), Taiping (155) dan Batu Muda, Kuala Lumpur (155).

Kawasan lain ialah Tanjung Malim, Perak (154), Shah Alam, Selangor (154), Putrajaya (153), Johan Setia, Selangor (153), Nilai, Negeri Sembilan (152), Tasek Ipoh, Perak (151), Bintulu, Sarawak (150), Segamat, Johor (142), Seremban, Negeri Sembilan (136), Petaling Jaya, Selangor (133) dan Seri Manjung, Perak (110).

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu