ARTIKEL

Dr Yassimear Ugak (tengah) menyampaikan trofi kejuaraan kepada pasukan Sri Aman yang menjuarai Piala Inspektorat edisi ketiga 2026 di Stadium Azman Hashim, Sibu Jaya.

Sri Aman Cipta Kejutan, Rampas Kejuaraan Piala Inspektorat 2026

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Status bukan pilihan tidak menghalang Sri Aman menjulang kejuaraan Piala Inspektorat edisi ketiga 2026 apabila menewaskan juara bertahan, Kuching, 1-0 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Azman Hashim, Sibu Jaya pada Ahad.

Jaringan awal Nazriq Hanafi pada minit kelima memadai untuk menghadiahkan kemenangan kepada Sri Aman, sekali gus menamatkan penguasaan Kuching.

Kejayaan itu membolehkan Sri Aman membawa pulang trofi dan pingat, manakala Kuching selaku naib juara turut menerima trofi dan pingat. Pasukan Sibu dan Mukah pula berkongsi tempat ketiga.

Penyelaras Program Filex George, berkata kejohanan kali ini mendapat sambutan amat menggalakkan daripada semua pasukan yang mengambil bahagian.

Barisan urusetia Kejohanan Piala Inspektorat.

Menurut beliau, semangat kesukanan tinggi yang dipamerkan sepanjang kejohanan menjadi penanda aras untuk penganjuran pada masa hadapan.

“Kami berharap pertandingan ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai platform mengeratkan hubungan serta memupuk semangat kesukanan dalam kalangan warga Seksyen Inspektorat Bahagian Kesihatan Awam Sarawak,” katanya kepada Suara Sarawak hari ini.

Perlawanan akhir menyaksikan Kuching lebih banyak menguasai permainan dalam usaha mempertahankan kejuaraan, namun benteng pertahanan Sri Aman yang diketuai Awang Saifullah Awang Yaman berjaya mengekang setiap asakan sehingga wisel penamat.

Nazriq turut dinobatkan sebagai penjaring terbanyak kejohanan selepas meledak lima gol, manakala Awang Saifullah Awang Yaman dipilih sebagai pemain terbaik. Anugerah Fair Play pula menjadi milik pasukan Belaga.

Hadiah disampaikan oleh Pegawai Kesihatan Daerah Kanowit Dr. Yassimear Ugak, yang diiringi Pengerusi Kelab Rekreasi Anggota Kesihatan Awam Pejabat Kesihatan Daerah Kanowit, Kelak Metang.

Kejohanan yang berlangsung pada 1 dan 2 Ogos itu menghimpunkan 12 pasukan mewakili Seksyen Inspektorat Bahagian Kesihatan Awam dari seluruh Sarawak iaitu Sibu (tuan rumah), Kuching, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Kapit, Belaga, Song dan Mukah.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Gagal Bayar Denda RM10,000, Dua Individu Dipenjara

BAU: Dua individu dihantar ke Penjara Puncak Borneo selepas gagal membayar denda RM10,000 setiap seorang yang dijatuhkan oleh Mahkamah Bau atas kesalahan berkaitan transaksi kewangan,