COLOMBO: Sri Lanka merekodkan sebanyak 2,170 kes denggi dalam tempoh sembilan hari pertama tahun 2026, lapor agensi berita Xinhua memetik kenyataan pegawai kesihatan pada Sabtu.
Pakar Perubatan Komuniti Unit Kawalan Denggi Kebangsaan, Prashila Samaraweera memberitahu pemberita bahawa “situasi denggi berisiko tinggi” telah dikenal pasti di 41 bahagian Pegawai Perubatan Kesihatan (MOH)
Beliau berkata pasukan kesihatan telah memperhebatkan operasi pemantauan dan kawalan nyamuk di kawasan berkenaan.
Samaraweera berkata pengetua sekolah dan pihak berkuasa kesihatan tempatan telah diarahkan untuk melaksanakan program kawalan denggi menjelang peperiksaan “Advanced Level” tahun ini serta sebelum sesi persekolahan bermula.
Berdasarkan data rasmi, Sri Lanka melaporkan lebih 50,000 kes denggi pada tahun 2025. – BERNAMA-XINHUA

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau
WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham


