ARTIKEL

KONGSI PENDAPAT... Mu'azamir Jili (kiri) berbincang dengan Datuk Fazzrudin Abdul Rahman (kanan).

SSC perkukuh kerjasama strategik bersama FAS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) mengadakan kunjungan hormat terhadap Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Fazzruddin Abdul Rahman di pejabat beliau hari ini.

Kunjungan rombongan terbabit diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif SSC, Mu’azamir Jili bersama-sama beberapa kakitangan yang lain.

Menurut Mu’azamir, kunjungan rombongan pihaknya bertujuan membincangkan perkara berbangkit.

“Pihak kita mengadakan kunjungan hormat terhadap Presiden FAS, Datuk Fazruddin Abdul Rahman untuk membincangkan hala tuju masa depan dan pembangunan strategik bola sepak, futsal dan sukan lain di Sarawak,” ujar Mu’azamir kepada Arena Suara Sarawak.

Beliau memberitahu, mesyuarat tersebut memberi peluang membincangkan selain merangka program pelbagai perkara utama.

Ia mencakupi pembangunan bidang kejurulatihan, penilaian prestasi, pelantikan jurulatih dan lanjutan kontrak serta cadangan untuk memperkukuh pembangunan keseluruhan sukan di Sarawak.

Tegas Mu’azamir, pelibatan ini mencerminkan komitmen berterusan SSC untuk mengukuhkan kerjasama strategik, meningkatkan piawaian kejurulatihan dan menyokong pertumbuhan jangka panjang kecemerlangan sukan di Sarawak.

BERITA LAIN

PDRM A juara Tenis Antara Bahagian Sarawak

KUCHING: Pasukan PDRM A muncul juara Kejohanan Tenis Antara Bahagian Sarawak 2026 selepas menewaskan PTBS Rassnorm 2-1 dalam aksi final yang berlangsung sengit di Kompleks

BERITA TERBARU

Liputan Internet Malaysia cecah 99.75 peratus

DOHA: Liputan Internet di kawasan berpenduduk di Malaysia mencapai 99.75 peratus sehingga September 2026, manakala jumlah langganan 5G merekodkan sebanyak 31.3 juta. Menteri Komunikasi, Datuk