SABAH: Pasukan SSC Samarahan berjaya merangkul tempat ketiga pada kejohanan Komodo 7s X-Rugby Championship 2024 yang berlangsung di Sekolah Menengah La Salle, Kota Kinabalu, pada Ahad (24 November).
Pasukan ragbi dibarisi pemain dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kg Empila, SK Kg Baru dan SK Mata Parang menundukkan pasukan Heartian Rugby dengan keputusan (24-19) dalam saingan perebutan tempat ketiga dan keempat.
Kejayaan itu sekali gus menjadi detik bersejarah buat pasukan kendalian Mohamad Syahril Ben selepas berjaya menempa nama di negeri Sabah.
SSC Samarahan yang berada di kumpulan B berjaya meraih dua kemenangan dan satu seri dalam tiga perlawanan peringkat kumpulan.
Bermula dengan aksi menentang St Cathterine Angle KK , SSC Samarahan memulakan rentak kemenangan besar dengan membelasah tuan rumah 24-7.
Diikuti perlawanan kedua menentang pasukan Shogun Titans KK, anak buah xxx sekali lagi memperoleh kemenangan besar iaitu 40-7 sebelum perlawanan ketiga hanya sekadar seri 19 sama di tangan SJ Warrior Kedah.
Aksi suku akhir menyaksikan wakil pasukan dari Sarawak itu sekali lagi memperoleh kemenangan ke atas pasukan Black Komodo dengan keputusan 34-7.
Hasrat untuk melangkah ke pentas akhir kejohanan bagaimana pun terkandas apabila mereka tewas di tangan pasukan Viking Johor pada aksi separuh akhir.
SSC Samarahan gagal mengekalkan momentum kemenangan apabila tewas 5-31 di tangan pasukan Johor itu.
“Pemain telah memberikan persembahan yang baik pada perlawanan kali ini, tahniah diucapkan kepada mereka kerana berjaya melangkah sejauh ini.
“Kita akan terus berusaha untuk memastikan pasukan akan lebih kuat di masa akan datang, dan sudah pasti kita akan ada perancangan dalam meneruskan latihan sedia ada atau akan ada penambahan sesi latihan untuk memantapkan pasukan,” ujarnya kepada Arena Suara Sarawak.
KAPSYEN


