ARTIKEL

BINCANG...Milton (enam kiri) bersama wakil Persatuan Restoran Sarawak berbincang tentang isu cukai minuman mengikut panduan makanan dan minuman terbitan 16 April 2024

SST minuman, enam atau lapan?

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) diminta untuk mengulas dengan lebih terperinci mengenai penetapan bercukai bagi orang berdaftar di bawah Kumpulan B.

Ketua Biro Pengaduan Awam Parti Rakyat Sarawak Bersatu (SUPP) Milton Foo berkata, terdapat kekeliruan terhadap panduan makanan dan minuman baharu yang diterbitkan pada 16 April lalu.

BERCAKAP…Milton Foo (tengah) bercakap pada sidang media

“Jadual bil i mengatakan bahawa penyediaan makanan atau minuman yang tersedia atau terhidang adalah enam peratus.

“Tetapi pada panduan muka surat lapan bilangan iv mengatakan bahawa penyediaan atau penjualan minuman tidak beralkohol adalah lapan peratus.

“Jadi bagaimana sekarang? Adakah kadar cukai perkhidmatan adalah enam atau lapan peratus? Makanan tiada isu, tetapi terdapat kekeliruan terhadap minuman,” katanya ketika berucap pada sidang di pejabat utama SUPP, hari ini.

Menurut Milton, perkara tersebut telah menimbulkan kebimbangan kepada pihak operator dan restoran sehingga ia disuarakan oleh Persatuan Restoran Sarawak.

“Operator, bisnes, entiti, mereka menjadi risau dan takut.

“Mereka khuatir sekarang cukai jualan dan perkhidmatan (SST) enam peratus, beberapa bulan kemudian pihak berkuasa datang tiba-tiba berubah menjadi lapan peratus,” katanya.

Jelas Milton, isu tersebut bukan sahaja mengelirukan pihak peniaga malah turut memberi kesan kepada para pelanggan.

Justeru katanya, adalah lebih baik pihak yang berkenaan tampil memberi penjelasan yang lebih mudah difahami agar tidak mengelirukan mana-mana pihak.

Mengenai kekeliruan cukai minuman itu, beliau memberitahu setakat ini majoriti ahli di bawah Persatuan Restoran Sarawak mendedahkan mereka telah mengenakan cukai enam peratus setelah pelaksanaan panduan baharu pada April lalu.

Panduan makanan dan minuman 16 April 2024 oleh JKDM dikeluarkan bagi menggantikan panduan sebelumnya yang dikeluarkan pada 26 Jun 2023.

Kumpulan B merujuk kepada kelompok layanan tertentu yang dikenakan cukai perkhidmatan di bawah Perkhidmatan Cukai 2018 khusus dalam sektor makanan dan minuman.

Tarif cukai untuk layanan dalam Kumpulan B adalah enam peratus untuk layanan utama seperti makanan dan minuman.

Manakala lapan peratus untuk layanan tambahan seperti penyewaan fasilitas dan penjualan rokok atau minuman beralkohol.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

15 Individu Tamat Kursus Kejurulatihan

KUCHING: Seramai 15 individu berjaya menamatkan dan lulus Kursus Sijil Kejurulatihan Diploma ‘B’ AFC/FAM yang berlangsung di Kuching. Kursus berkenaan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu