ARTIKEL

Stadium Negeri kembali bergema

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

STADIUM Negeri di Petra Jaya Kuching akan kembali bergema, setelah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) membenarkan pasukan-pasukan Liga Malaysia ke Sarawak.

Menurut Timbalan Pengerusi JPBNS, Datu Ik Pahon Joyik, pasukan yang akan ke Sarawak hendaklah membuat ujian Covid-l9 rt-PCR tiga hari sebelum bertolak ke Sarawak.

“Mereka juga perlu memohon melalui ‘EnterSarawak’ dengan menyertakan semua dokumen sokongan.

Dibenarkan berada di Sarawak selama tiga hari dua malam sahaja tanpa kuarantin.

“Pergerakan dihadkan dari hotel kediaman ke tempat pertandingan/latihan sahaja.

“Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) 
 bertanggungjawab untuk memastikan garis panduan dipatuhi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian melalui surat balas permohonan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) melalui Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Ab Ghani Hassan.

Ini bermakna, pasukan Kuching City FC (KCFC) akan menjadikan Stadium Negeri sebagai gelanggang utama.

Bagaimanapun, pasukan Sarawak United FC (SUFC) kekal beraksi di Semenanjung kerana mereka sudah pun mempunyai Stadium Hang Jebat sebagai gelanggang utama.

Sekitar 4,000 hingga 5,000 penonton dibenarkan memasuki stadium selepas 1 April nanti.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU

Emosi atasi pertimbangan

BARU-BARU ini berlaku insiden tragis apabila seorang pelajar perempuan ditemui mati didakwa dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, Johor. Pelajar tingkatan empat

Impian besar Kupang Strike

SABTU depan, Kampung Kupang Hilir di Saratok bakal mencipta satu lagi kenangan tersendiri apabila Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menganjurkan pertandingan memancing yang dinamakan