ARTIKEL

Freepik.com

Stok minyak sawit Malaysia turun kepada 2.02 juta tan pada Januari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Jumlah stok minyak sawit Malaysia turun 11.83 peratus kepada 2.02 juta tan metrik pada akhir Januari 2024 daripada 2.29 juta tan metrik pada Disember tahun lepas, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).


Dalam laporan prestasi industri terbaharunya bagi Januari 2024, MPOB berkata inventori minyak sawit mentah (MSM) menurun sebanyak 11.84 peratus kepada 1.05 juta tan bulan lepas daripada 1.20 juta tan pada Disember.


Stok minyak sawit yang diproses susut sebanyak 11.82 peratus kepada 963,865 tan pada Januari daripada 1.09 juta tan sebelum ini, katanya.


Sementara itu, pengeluaran MSM jatuh 9.59 peratus kepada 1.40 juta tan pada Januari daripada 1.55 juta tan pada bulan sebelumnya manakala keluaran isirong sawit merosot sebanyak 7.96 peratus kepada 341,640 tan daripada 371,204 tan pada Disember.


MPOB berkata eksport minyak sawit susut sebanyak 0.85 peratus atau 11,571 tan, kepada 1.35 juta tan pada Januari daripada 1.36 juta tan pada Disember, bagaimanapun eksport oleokimia meningkat sebanyak 3.46 peratus kepada 253,161 tan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Umat Islam puasa Ramadan dua kali pada tahun 2030

Kalendar Hijriah Islam dihitung berdasar putaran bulan, manakala kalendar Gregorian atau Masehi dikira berdasar perjalanan bumi mengelilingi matahari. Justeru, ini menyebabkan umat Muslim berpuasa 36