ARTIKEL

UNTUK KENANGAN… Pemain terlibat merakam gambar selepas majlis penyampaian hadiah.

Street Soccer RSSWK erat hubungan perguruan silat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Rumpun Silat Sarawak Wilayah Kuching (RSSWK) mencipta sejarah apabila buat julung kalinya menganjurkan Kejohanan Street Soccer 3 Sebelah 2026 yang menggabungkan seni silat dengan sukan bola sepak bagi mengeratkan silaturahim antara perguruan.

Kejohanan yang berlangsung di perkarangan Dewan Perumahan Malaysia Jaya itu melibatkan 16 pasukan mewakili pelbagai perguruan silat di bawah naungan RSSWK.

Antara peserta yang bertanding ialah Perguruan Seni Silat Helang Putih Perkasa, Perguruan Seni Silat Banteng Betawi, Perguruan SS Embun Puteh, Perguruan SS Makrifat, PSS Keris Nada Dua, PSS PSMA Spring 12, PSS Selendang Abadi, PSS LOKMA, PSS Betawi Jati dan Pukulan 12 Spring Sendeng Hadiah.

Pengerusi RSS Wilayah Kuching, Abdul Taib Yusuf berkata, kejohanan terbabit diadakan bagi memupuk semangat kesukanan dan kerja berpasukan dalam kalangan pesilat selain latihan silat tradisional.

“Ia merupakan platform menggalakkan gaya hidup sihat selain simbolik penyatuan sesama anggota perguruan silat di bawah RSSWK,” ujarnya.

Tamat saingan menyaksikan PSS Selendang Abadi muncul juara apabila berjaya menewaskan PSS PSMA B dengan keputusan 3-0 pada aksi final.

Majlis penutupan kejohanan disempurnakan oleh Naib Presiden I RSSWK, Haji Ali Zainuddin, manakala perasmian dilakukan oleh Dzaiffy Yahya.

Pemenang membawa pulang hadiah hamper dan pingat.

Program itu juga bertujuan mempelbagaikan program persatuan selain memberi peluang kepada pesilat aktif dalam aktiviti sukan lain.

Kejayaan penganjuran kali ini diharapkan dapat memperkukuhkan lagi semangat perpaduan dalam kalangan komuniti silat Sarawak.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU