ARTIKEL

Suami isteri maut rempuh kenderaan rosak di lorong kecemasan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri maut selepas motosikal yang ditunggang mereka merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda yang rosak di lorong kecemasan di Kilometer 415.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Lembah Beringin ke Bukit Tagar, Hulu Selangor, semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, dalam kejadian jam 11.05 pagi itu, mangsa berusia 36 dan 38 tahun maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati pasangan yang menunggang motosikal Yamaha NMAX itu dalam perjalanan pulang ke ibu negara selepas bercuti di kampung mereka di Kamunting, Perak.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa melanggar bahagian belakang sebuah kenderaan Mitsubishi Triton yang dipandu seorang wanita berusia 36 tahun kerana tidak menyedari kenderaan itu berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan.

“Akibat rempuhan itu, kedua-dua mangsa terpelanting di sebelah kanan jalan dan terkena pada Toyota Vios yang dipandu seorang lelaki berusia 65 tahun yang sedang melalui jalan tersebut,” katanya dalam kenyataan semalam.
Katanya, berkata proses bedah siasat akan dijalankan di Hospital Kuala Kubu Bharu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Rayong cadang Engkilili dinaik taraf jadi daerah penuh

KUCHING: Cadangan menaik taraf Daerah Kecil Engkilili kepada daerah penuh perlu dipercepat bagi memudahkan urusan penduduk dan memperkukuh penyampaian perkhidmatan kerajaan, khususnya kepada masyarakat di