NGENJEN DI SEMANDIN animasi bahasa Sarawak pertama di Malaysia

Trending

Suami ugut bunuh jika fail cerai

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
TAHAN... Suspek ditahan oleh sepasukan polis di sebuah rumah pekerja

PADAWAN: Angkara takut bercerai, seorang pembantu kesihatan awam diugut bunuh oleh suaminya dalam kejadian di Kampung Sinar Baru, Batu 14 Jalan Penrinssen di sini, 14 Januari lalu.
Kejadian sekitar jam 11 malam itu berlaku selepas suspek bertindak datang ke rumahnya lalu mengugut akan membunuh mangsa dan keluarganya jika memfailkan penceraian.
Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Aidil Bolhassan yang mengesahkan kejadian berkata suspek, 28, bagaimanapun telah ditangkap untuk membantu siasatan lanjut berhubung kejadian.
“Suspek ditahan oleh Jabatan Siasatan Jenayah sekitar jam 12.45 tengah hari semalam di sebuah rumah pekerja tidak bernombor di Tanah Perkuburan Nirvana, Batu 14 Jalan Puncak Borneo.
“Siasatan awal mendapati suspek mengaku dia telah membuat ugutan jika pengadu ada memfailkan perceraian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dedah Aidil, semakan rekod polis turut mengesahkan suspek mempunyai jenayah lampau Di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Tambahnya suspek akan ditahan reman serta dijalankan ujian saringan awal air kencing hari ini.
Ujarnya kes disiasat Di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

9 Jun 2023

Berita Terbaru