Suara Sarawak buka ruang liputan aktiviti Sarawak

KUCHING: Penerbitan akhbar Suara Sarawak pada 1 Mac lalu dilihat membuka ruang liputan kepada aktiviti di Sarawak, kata Adun Serembu, Miro Simuh.

Katanya lagi, langkah untuk mewujudkan segmen Awani Sarawak oleh Astro Broadcasting sejak 15 Mac pula, turut membuka ruang kepada rakyat melihat secara menyeluruh pembangunan dan pembaharuan negeri ini.

“Kita tidak semundur yang disangkakan.

“Oleh itu, saya mencadangkan penubuhan Majlis Media Sarawak yang bertanggungjawab menyelaras peranan media di negeri ini dan menjadi jambatan di antara organisasi media dan kerajaan,” katanya ketika mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan (2020) 2019 pada Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Keempat Dun Ke-18 di sini, semalam.

Suara Sarawak