ARTIKEL

SAYU… Sekitar suasana semasa menyambut jasad mendiang Christopher Ling Jia Siang hari ini. |Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.

Suasana Pilu Iringi Kepulangan Christopher Ling

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tangisan dan suasana hiba menyelubungi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) hari ini apabila keluarga dan rakan-rakan menunggu ketibaan jasad mendiang Christopher Ling Jia Siang, 21, penuntut Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Perlis, yang meninggal dunia akibat lemas, baru-baru ini.

Sejak petang, ahli keluarga berdiri di ruang ketibaan, saling memeluk dan menenangkan antara satu sama yang lain.

SAYU… Sekitar suasana semasa menyambut jasad mendiang Christopher Ling Jia Siang hari ini. |Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.

Suasana pilu itu turut diiringi oleh beberapa pensyarah serta rakan sekelas mendiang yang hadir untuk memberikan penghormatan terakhir.

Sekitar 4.30, jasad mendiang Christopher selamat tiba di LTAK.

SAYU… Sekitar suasana semasa menyambut jasad mendiang Christopher Ling Jia Siang hari ini. |Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.

Timbalan Rektor Pusat Hal Ehwal Pelajar IPGM, Shamsul Saniron berkata proses pemulangan jasad mendiang dijalankan dengan kerjasama erat antara pihak kampus dengan Kementerian Pendidikan dan pihak berkuasa negeri.

“Kami berusaha memastikan keluarga mendiang menerima sokongan moral sepenuhnya dan segala urusan berjalan lancar dalam saat sukar ini,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak, termasuk kepimpinan negeri Sarawak khususnya Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg, atas sokongan moral kepada keluarga mangsa.

Kelihatan rakan-rakan mendiang membawa bunga dan foto kenangan menandakan penghargaan sifat mesra, komited dan berdedikasi Christopher sepanjang menuntut di kampus.

Sementara itu, jasad seorang lagi pelajar, Joey Ling Lin Siang, tiba di Lapangan Terbang Sibu pada petang tadi sekitar 6.30.

Kedua-dua pelajar ini ditemukan lemas ketika melakukan aktiviti berkayak di Pantai Merdeka, Sungai Petani Kedah, Sabtu lalu.

Insiden tragis itu meninggalkan kesan mendalam bukan sahaja kepada keluarga, tetapi juga rakan-rakan dan warga pendidik yang mengenali mereka.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Jalai Balingian–Sungai Anak patut diadu manah

KUCHING: Pengawa ngintu, ngadu sereta nangkir Jalai Perintah Besai Balingian–Sungai Anak ti nyambung rentayan Jalai Besai Pan Borneo begunaka perati dikena nambahka pengelikun enggau pejalai