ARTIKEL

Subsidi beras: Orang ramai dinasihat tidak membuat pembelian panik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat pembelian panik susulan pengurangan harga beras putih import (BPI) menerusi pemberian subsidi beras di Sabah dan Sarawak yang berkuat kuasa hari ini. 

Pengarah Kawalselia Padi dan Beras Sarawak Nor Anizan Radzali memberi jaminan bekalan beras di negeri ini mencukupi dan pemantauan akan terus dilaksanakan bagi memastikan harga maksimum RM31 bagi setiap 10 kilogram (kg) untuk barangan asas itu dipatuhi oleh pemain industri. 

“Kita juga telah mengadakan perbincangan dengan pemborong beras di Sarawak dan mereka bersepakat untuk memberi kerjasama dengan memasarkan BPI mengikut harga yang ditetapkan kerajaan.

“Kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan menerusi Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522) sekiranya terdapat ketidakakuran atau pelanggaran kepada mana-mana peruntukan di bawah akta ini,” katanya kepada Bernama semalam.  

Pada Isnin, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu mengumumkan kerajaan bersetuju memberi subsidi sebanyak RM950 setiap tan bagi bekalan BPI di Sabah dan Sarawak mulai 5 Okt, sekali gus harga runcit BPI di kedua-dua negeri itu akan turun kepada RM31 bagi kampit 10 kg.

Ia merupakan antara empat langkah intervensi tambahan dipersetujui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menangani isu bekalan beras dalam negara.

Dalam pada itu, Nor Anizan berkata jabatan berkenaan telah melakukan pemeriksaan di pasar raya di sekitar Kuching, Miri dan Sibu bagi memantau penurunan harga beras.

Menurutnya, pengguna di negeri ini boleh menyalurkan aduan menerusi laman sesawang http://skpb.kpkm.gov.my/adu  sekiranya terdapat maklumat berhubung penjualan beras bersubsidi ini melebihi harga RM31 atau menghubungi pejabat kawal selia Kuching melalui talian 082-578941.

Tinjauan Bernama mendapati harga BPI bagi kampit 10 kg yang dijual di pasar raya di sini ada yang mencecah RM30 bergantung kepada jenama. 

Bagi suri rumah Adeline Lim, 49, langkah subsidi berkenaan meringankan bebannya yang mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai.

“Sebelum ini, harga ada yang mencecah RM50 untuk 10 kg beras, jadi kami perlu catu kerana hanya bertahan kurang dua minggu untuk kami tujuh ahli keluarga.

“Berbeza dengan harga subsidi sekarang, saya berterima kasih dan berharap kerajaan meneliti isu beras ini untuk jangka masa panjang,” katanya. 

— BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Sedar mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

Penularan kes denggi di Miri membimbangkan

MIRI: Penularan kes demam denggi di sekitar Miri kini semakin menimbulkan kebimbangan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin. Menurutnya, setakat 24 Februari lalu

BERITA TERBARU

Sedar mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Mi kolo digazet nyadi Pemakai Pesaka Menua

KUCHING: Pemakai ti dikerindu mensia mayuh di Sarawak, mi kolo diatu udah digazet nyadi siti Pemakai Pesaka Menua tauka ‘Makanan Warisan Kebangsaan’. Pekara nya mega

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku