ARTIKEL

Subsidi bersasar perlu telus, cekap

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan subsidi bersasar memerlukan mekanisme telus dan cekap untuk memastikan tiada siapa akan tercicir dan terkesan daripada keputusan tersebut kata Ahli Parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam.

Beliau berkata mekanisme pelaksanaan subsidi bersasar ini penting untuk diperhalusi kerana subsidi telah “melekat” dalam ekonomi sebagai komponen struktural. 

“Subsidi kerajaan tidak hanya tertumpu kepada sektor dan segmen tertentu sahaja malah merentas keseluruhan sektor dan pasaran termasuklah pasaran buruh.

“Justeru, saya ingin bertanya apakah mekanisme yang akan digunakan oleh kerajaan untuk melaksanakan subsidi bersasar pada tahun hadapan kerana ia tidak disentuh dalam pembentangan Belanjawan 2024,”  katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 di Dewan Rakyat, di sini.

Ismail Sabri berkata kerajaan telah membangunkan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) sebagai pengkalan data yang akan digunakan Januari tahun depan untuk memastikan subsidi ini diberikan kepada golongan yang layak sahaja. 

Beliau berkata pelaksanaan subsidi bersasar tanpa mekanisme yang tepat akan menyebabkan rakyat terus terbeban terutama dalam persekitaran kos sara hidup semakin meningkat sekarang.

Mengenai harga ayam, Ismail Sabri berkata dua hari lepas media tempatan melaporkan harga ayam mencecah RM11 sekilogram walaupun harga ayam belum diapungkan.

“Apa akan jadi pada tahun depan jika harga ayam diapungkan? Ia pasti akan menjadi lebih tidak terkawal kerana sebanyak 70 peratus daripada kos keseluruhan pengeluaran adalah makanan yang diimport dari luar negara selain logistik, buruh, utiliti dan ubat-ubatan. Kos makanan ayam dijangka terus meningkat disebabkan kejatuhan ringgit,” katanya. – BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu