ARTIKEL

Subsidi RON95 ambil masa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan mengambil masa lebih lama untuk melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 berbanding subsidi lain bagi memastikan pelaksanaannya dapat dilakukan dengan teliti dan tidak menjejaskan rakyat.

Kementerian Kewangan (MOF) menerusi jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen berkata antara faktor yang diambil kira termasuk penelitian kepada kaedah pelaksanaan BUDI MADANI RON95 (BUDI95) memandangkan petrol RON95 digunakan oleh ramai pengguna serta menjadi komponen perbelanjaan isi rumah yang signifikan.

Selain itu, penyelarasan sistem antara agensi kerajaan dan syarikat minyak hingga ke peringkat stesen minyak di seluruh negara turut diberi perhatian, termasuk persiapan serta ujian sistem bagi memastikan pengalaman pengguna berjalan lancar, katanya.

MOF berkata demikian sebagai menjawab soalan yang dikemukakan Datuk Seri Dr Shahidan Kasim (PN-Arau) mengenai sebab kerajaan MADANI mengambil masa 2 tahun 7 bulan untuk mengumumkan penurunan harga minyak (penyasaran subsidi petrol RON95).

Kementerian itu berkata pendekatan berperingkat tersebut juga membolehkan program BUDI95 dibangunkan dengan mengambil iktibar daripada kejayaan pelaksanaan program BUDI MADANI Diesel tahun lalu.

“Pendekatan ini membolehkan kerajaan menambah baik dan memperkukuh mekanisme penyasaran subsidi petrol agar lebih cekap, berkesan, serta mampu memberikan manfaat kepada rakyat melalui penurunan harga bersubsidi RON95 kepada RM1.99 seliter.

“Sejak 2023, kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah penyasaran semula subsidi secara berperingkat, termasuk subsidi elektrik, pengapungan harga ayam dan telur ayam, penyasaran subsidi diesel serta penstrukturan semula tarif elektrik,” kata MOF.

Menurutnya, langkah-langkah ini dilaksanakan dengan matlamat untuk melestarikan ekonomi negara, mengurangkan ketirisan kepada aktiviti penyeludupan barangan bersubsidi dan memastikan manfaat subsidi disalurkan kepada kumpulan yang benar-benar layak.

Kementerian itu berkata kerajaan juga menekankan pendekatan berperingkat bagi memastikan penjimatan tercapai tanpa menjejaskan rakyat biasa.

“Hasil pendekatan ini, kadar inflasi 2024 terkawal pada 1.8 peratus berbanding 2.5 peratus pada 2023, manakala pada suku ketiga 2025, kadar itu menurun lagi kepada 1.3 peratus,” katanya. – Bernama

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan