ARTIKEL

DATA secara konsisten menunjukkan 80 peratus rakyat Malaysia meng-gunakan kurang daripada 200 liter.

Subsidi RON95 dikaji semula

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kuota 200 liter RON95 di bawah Program Budi Madani 95 (BUDI95) mungkin dikurangkan kerajaan bagi menjamin bekalan bahan api negara dalam mendepani krisis bekalan global, susulan konflik geopolitik Asia Barat.

Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong berkata, data semasa menunjukkan kebanyakan rakyat Malaysia menggunakan petrol di bawah paras yang dicadangkan itu.

“Data secara konsisten menunjukkan 80 peratus rakyat Malaysia menggunakan kurang daripada 200 liter.

“Langkah seterusnya ialah 150 liter kerana 60 peratus penduduk menggunakan kurang daripada 150 liter,” katanya pada sesi ‘Fireside Chat’ bertajuk ‘Malaysia’s Response to Global Energy Crisis: Build Back Better’ di ‘AFFIN Market Outlook Conference: Propelling Malaysia Forward 2026’ anjuran AFFIN Group, di sini, pada Selasa.

Menurutnya, walaupun belum ada garis masa rasmi bagi pengurangan kuota itu, kerajaan turut mengkaji langkah memperketatkan kelayakan subsidi dengan mengecualikan golongan berpendapatan tinggi (T15, T20) serta warga asing.

Sebelum ini BUDI95 memperuntukkan kuota 300L sebelum ia diselaraskan kepada 200 liter bermula April lalu pada paras RM1.99 seliter. Perbelanjaan bulanan kerajaan untuk subsidi bahan api telah melonjak hampir 10 kali ganda apabila harga minyak mentah melonjak dengan peningkatan mendadak dalam konflik geopolitik Asia Barat pada akhir Februari.

Ujar Chin Tong, program BUDI95 perlu dilihat sebagai “alat pengurusan permintaan”, bukan sekadar skim subsidi memandangkan negara perlu memastikan bekalan domestik kekal stabil sekiranya krisis geopolitik berlarutan.

Beliau turut memaklumkan bahawa kemas kini terakhir kerajaan menunjukkan bekalan minyak negara dijamin mencukupi sehingga awal Julai.

Dalam masa sama, beliau menegaskan kerajaan mahu memastikan kumpulan rentan seperti penunggang motosikal dan isi rumah berpendapatan rendah terus menikmati akses kepada bahan api bersubsidi.

“Dari sudut politik, saya mahu memastikan penunggang motosikal terus menikmati kadar subsidi tinggi.

“Mereka menggunakan sekitar 50 liter sebulan. Ini penting kerana jika golongan rentan terkesan dengan kenaikan harga, kesan politik dan sosialnya juga besar,” katanya.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu turut memaklumkan kerajaan masih dalam perancangan mekanisme subsidi diesel yang disasarkan untuk Sabah dan Sarawak, sama seperti bahan api BUDI95.

BERITA LAIN

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,

BERITA TERBARU

PATUH 2026 perkukuh perlindungan pengguna di Telaga Air

KUCHING: Peniaga diingatkan supaya mematuhi undang-undang perdagangan, termasuk mempamerkan tanda harga dan menggunakan alat timbang serta sukat yang sah, menerusi pelaksanaan Program Zon Tumpuan Pelancongan

Integriti, akauntabiliti perlu seiring kemajuan AI – Nancy

KUCHING: Kemajuan kecerdasan buatan (AI) yang semakin berupaya melaksanakan tugasan kompleks menuntut pengawasan manusia, integriti dan akauntabiliti bagi memastikan teknologi itu digunakan secara bertanggungjawab. Menteri