ARTIKEL

SUHA kesal insiden lebih 300 jemaah umrah Malaysia terkandas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Insiden lebih 300 jemaah Malaysia, termasuk dari Sarawak, terkandas dan gagal berlepas untuk menunaikan ibadah umrah, mencetuskan kebimbangan pengelola industri umrah di negara ini.

Pengerusi Pertubuhan Agensi Umrah dan Haji Sarawak (SUHA), Ustaz Ruzaiman Ghazalee, dalam satu kenyataan menyifatkan insiden itu sebagai mengecewakan kerana mencemarkan nama baik industri umrah tempatan dan memberikan gambaran negatif kepada agensi yang berlesen.

“SUHA amat kesal dengan kejadian ini, terutamanya apabila ia melibatkan jemaah dari Sarawak yang menanggung kos lebih tinggi akibat penerbangan domestik dan logistik tambahan.

“Kami berharap nasib jemaah yang terjejas dibela dengan adil,” katanya.

Menurut beliau, kejadian ini wajar dijadikan iktibar oleh semua pihak dalam industri agar lebih menekankan tanggungjawab dan ketelusan dalam pengurusan.

Tegas beliau, setiap aspek pengelolaan umrah, termasuk tiket penerbangan, penginapan dan logistik di Tanah Suci, perlu diuruskan secara sistematik dan mematuhi peraturan tempatan serta antarabangsa.

Beliau juga menasihatkan bakal jemaah supaya membuat pilihan yang bijak dengan mengambil kira pengalaman dan rekod prestasi agensi umrah, selain memastikan mereka memilih agensi berlesen untuk mengelakkan risiko yang tidak diingini.

BERITA LAIN

Maklumat dasar kerajaan perlu sampai ke akar umbi

BINTULU: Penyampaian maklumat mengenai dasar, inisiatif pembangunan dan bantuan kerajaan perlu diperluas hingga ke peringkat akar umbi bagi memastikan rakyat mengetahui serta dapat memanfaatkan kemudahan

BERITA TERBARU

GP Malaysia 2026: Hakim Danish Raih Petak Ketiga

SEPANG: Pelumba Moto3 negara Muhammad Hakim Danish Ramli meletakkan dirinya dalam kedudukan terbaik untuk memburu podium Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2026 selepas meraih petak