ARTIKEL

RAKAM KENANGAN… Shamsul merakam kenangan bersama yang lain selepas Majlis Apresiasi Penarafan Pengurusan Aduan Awam, hari ini. (FOTO: UKAS)

SUK Sarawak raih tujuh penarafan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Pentadbiran Setiausaha Kerajaan (SUK) Sarawak meraih tujuh penarafan dalam pelaksanaan Naziran Pengurusan Aduan Awam 2025, sekali gus meletakkan Sarawak antara lima negeri dengan jumlah penarafan tertinggi.

Perak, Melaka, Selangor dan Kedah turut masing-masing memperoleh tujuh penarafan dalam penilaian berkenaan.

Tujuh kategori yang diraih Sarawak ialah Kecekapan Respons Awam, Kecekapan Penyampaian Perkhidmatan, Pemerkasaan Kompetensi Pengurusan Aduan, Kecekapan Proses Kerja, Tadbir Urus Pengurusan Aduan, Komunikasi Awam Strategik dan Keunggulan Inovasi Digital.

Pengiktirafan itu diberikan Biro Pengaduan Awam (BPA), Jabatan Perdana Menteri selepas naziran terhadap kesemua 13 Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri dilaksanakan dari 14 Mei hingga 30 Julai 2026.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi), Datuk Hii Chang Kee yang mewakili Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki menerima sijil pengiktirafan daripada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar pada Majlis Apresiasi Penarafan Pengurusan Aduan Awam di Putrajaya, hari ini.

Sementara itu, Pahang, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Kelantan masing-masing memperoleh enam penarafan, manakala Terengganu, Johor, Perlis dan Sabah masing-masing mencatat lima penarafan.

Pencapaian itu mencerminkan usaha berterusan Pentadbiran SUK Sarawak dalam memperkukuh pengurusan aduan awam secara sistematik, cekap dan responsif.

Ia turut menunjukkan komitmen meningkatkan kecekapan proses kerja, tadbir urus serta mutu penyampaian perkhidmatan awam bagi memenuhi keperluan dan harapan rakyat.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU