ARTIKEL

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim | BERNAMA

Sukan Asia 2028: Belum ada perbincangan tawar diri jadi tuan rumah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Belia dan Sukan (KBS), Adam Adli Abdul Halim, berkata setakat ini belum ada sebarang perbincangan pada peringkat kementerian berhubung cadangan untuk Malaysia menawarkan diri menjadi tuan rumah Sukan Asia 2038.

Adam Adli berkata tempoh penganjuran itu masih jauh dan mungkin perlu disemak dahulu memandangkan Visi Sukan Negara adalah hingga 2030 sahaja.

“Belum ada perancangan, bukan tidak ada perancangan.

Dalam merancang, kita bukan hanya perlu ada niat tapi perlu banyak melihat kepada kos dan impak ekonomi terhadap negara sebagai tuan rumah selain perlu melihat perkembangan atlet di tahap mana.

“Tidak boleh semberono mengatakan kita mahu jadi tuan rumah.

“Kita beri tumpuan lebih kepada kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta pembangunan atlet, terutamanya pada peringkat akar umbi selain harus berhati-hati memandangkan kementerian masih lagi mempunyai peruntukan yang terhad,” katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi KBS di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata KBS mewujudkan Program Khas ‘Fast Track Road To Gold’ dengan peruntukan sebanyak RM1.15 juta bagi persediaan dan persiapan atlet untuk sukan akuatik-terjun dan skuasy ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
 
“Atlet-atlet dalam program ini akan diberi kemudahan secukupnya dari segi keperluan, kebajikan dan pendedahan di kejohanan tempatan dan antarabangsa,” katanya.

Baca lain  Tewaskan Ota, Azizulhasni lebih yakin cabar Lavreysen

Dalam perkembangan lain, Adam Adli menegaskan bahawa status perkahwinan tidak sama sekali menjadi faktor menyekat potensi dan menghalang perkembangan prestasi atlet.

“Jika kita masih ingat, ketika saingan Sukan Olimpik 2012 di London, atlet menembak Nur Suryani Mohamed Taibi bersemangat untuk bersaing demi negara walaupun ketika itu beliau sedang hamil.

“Ini membuktikan status perkahwinan tidak pernah menjadi halangan bagi atlet untuk mencapai kejayaan membanggakan buat Malaysia.

“Berkaitan penglibatan dan pergantungan terhadap atlet senior sukan terjun berumur lebih 30 tahun, ketika ini hanya tiga atlet akuatik-terjun berumur lebih 30 tahun dan disenaraikan di bawah program latihan kendalian Majlis Sukan Negara.

“Mereka ialah Datuk Pandelela Rinong Pamg, Wendy Ng Yan Yee dan Ooi Tze Liang,” katanya. — BERNAMA

BERITA LAIN

HSL Samarahan Maraton tawar hadiah RM58,000

SAMARAHAN: Pelari Afrika, Brunei, dan Singapura antara yang mengesahkan penyertaan Samarahan Maraton HSL yang berlangsung pada 11-12 Mei depan. Kejohanan julung kali anjuran Majlis Perbandaran

Kilat Boy, Herlan mula berlatih Sabtu ini

KUCHING: Sesi latihan bersama petinju profesional Sarawak, Daeloniel Mcdelon Bong dengan petinju kelahiran Filipina, Herlan Gomez bermula Sabtu ini (20 April) di Pusat Tinju Elit

Empat pasukan buru gelaran juara

SEBUYAU: Teka-teki pasukan yang bakal dinobat selaku juara Kejohanan Bola Sepak Terbuka Kampung Sebangan, Sebuyau Edisi Ke-30, Piala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.27 Sebuyau,

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh