Pelari pecut wanita negara, Zaidatul Husniah, gagal menempah tempat ke separuh akhir acara 200 meter Sukan Asia Hangzhou.
Memetik Stadium Astro, Zaidatul yang kecewa dalam acara 100 meter pada Jumaat apabila menamatkan separuh akhir di tempat keenam gagal memperbaiki prestasi dalam saingan di Hangzhou kali ini.
Dia mencatat masa 24.86 saat untuk menamatkan perlumbaan di tempat kelima.



