ARTIKEL

KENANGAN... Mohamad dan penganjur bergambar kenangan bersama-sama peserta Pertandingan Badminton Piala YB Mohamad Duri (Tertutup Betong-Sri Aman) di Dewan Masyarakat Sri Krian Saratok.

Sukan boleh jadi satu kerjaya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PASUKAN WFC A dinobatkan sebagai juara Pertandingan Badminton Piala YB Mohamad Duri (Tertutup Betong-Sri Aman) kategori berpasukan lelaki selepas menumpaskan Saratok A yang berlangsung di Dewan Masyarakat Sri Krian, semalam.

Kejuaraan tersebut melayakkan mereka pulang dengan hadiah utama RM1,500.

Manakala Saratok A yang terpaksa berpuas hati sebagai naib juara pulang dengan hadiah RM800.

TAHNIAH… Barisan pemenang Pertandingan Badminton Piala YB Mohamad Duri (Tertutup Betong-Sri Aman) di Dewan Masyarakat Sri Krian Saratok.

Tempat ketiga bersama diberikan kepada pasukan WFC B dan Saratok B, yang masing-masing menerima hadiah RM400.

Turut dipertandingkan kali ini kategori regu wanita yang menyaksikan penguasaan pasangan Wong dan Adaline.

Mereka pulang dengan hadiah RM500, diikuti gandingan Noorainey dan Sonia di tangga naib johan seterusnya menerima RM300.

Tempat ketiga bersama disandang oleh regu Masni dan Asmawati, serta Siti dan Nursyahirah, seterusnya pulang dengan hadiah RM150.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Setiausaha Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Kalaka Gapor Ahmad mewakili ADUN Kalaka Mohamad Duri.

Mohamad semasa pembukaan kejohanan menyatakan, sukan boleh menjadi satu kerjaya.

“Bagaimanapun ia menuntut tekad dan usaha yang gigih. Tidak boleh seperti hangat-hangat tahi ayam.

“Fokus seseorang itu harus jauh seperti atlet paralimpik dari Sarawak, Bonnie Bunyau yang berjaya mengharumkan nama negara. Atas kecemerlangannya pada Sukan Paralimpik Paris , beliau menerima imbuhan sehingga RM1.5 juta.

“Perjalanan beliau bukan mudah dan sebab itu saya menyeru, apabila ada niat, tetapkan tekad dan berusahalah dengan gigih,” katanya.

Beliau turut menyatakan sokongan kepada semua kelab sukan di kawasan Kalaka untuk melahirkan belia yang cerdas minda dan sihat tubuh badan.

Untuk rekod, pertandingan kali ini yang dianjurkan oleh Kelab Badminton WFC dengan kerjasama Pusat Khidmat ADUN Kalaka berjaya menarik penyertaan sembilan pasukan lelaki dan 12 regu wanita dari sekitar Saratok, Kabong, Sri Aman dan jemputan Kuching.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Rayong cadang Engkilili dinaik taraf jadi daerah penuh

KUCHING: Cadangan menaik taraf Daerah Kecil Engkilili kepada daerah penuh perlu dipercepat bagi memudahkan urusan penduduk dan memperkukuh penyampaian perkhidmatan kerajaan, khususnya kepada masyarakat di