KUCHING: Ratu pecut negara, Nur Aishah Rafina menepati ramalan apabila mudah menguasai acara 100 meter Sukan Borneo 2025 di Stadium Sarawak pagi tadi, dengan catatan masa 11.97 saat.
Beliau yang mewakili Sabah kesihatan tenang dalam kejohanan tersebut, sekali gus meninggalkan dua pencabar utama dari tuan rumah jauh di belakang.
Naib johan dirangkul oleh Ormilla Octavia dengan catatan masa 12.34 saat, manakala tempat ketiga dirangkul oleh Alvinia Aivie dengan catatan masa 12.50 saat.
Sementara itu, wakil dari Kalimantan Timur berjaya mencuri tumpuan menerusi acara larian jarak jauh 1,500 meter.
Bermula dengan kejayaan Akhbar Tanjung yang berjaya mencatat masa empat minit 11 saat.
Wakil tuan rumah, Danial Hakim Mohammed Omar sekadar berpuas hati di tangga kedua dengan catatan masa empat minit 12 saat, diikuti wakil dari Brunei, Mohammad Arif Zulkifli di tangga ketiga dengan catatan masa empat minit 14 saat.
Kategori wanita pula diungguli Nefriana Ariance Daik muncul juara dalam acara 1,500 meter dengan catatan masa empat minit 53 saat.
Tempat kedua dirangkul oleh wakil Sabah, Hizillawanty Jamain dengan catatan masa empat minit 56 saat.
Wakil tuan rumah, Clezendra Chanda merangkul tempat ketiga dengan catatan masa lima minit sembilan saat.





