ARTIKEL

MANIS...Dylan bergambar dengan catatan rekodnya. GAMBAR: RAMIDI SUBARI

Sukan Borneo 2025: Sarawak rangkul emas pertama dalam acara 100 meter

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pelari muda tuan rumah, Dylan Leo Saran mencipta kejutan apabila muncul juara bagi acara 100 meter Sukan Borneo 2025 yang berlangsung di Stadium Sarawak, pagi tadi.

Pelari berusia 19 tahun itu berjaya mencatat masa 10.67 saat meninggalkan rakan seperjuangan yang juga merangkap pelari pecut kebangsaan, Jonathan Nyepa – sekadar berpuas hati menduduki tangga kedua dengan catatan masa 10.70 saat.

Lebih manis, kejayaan pelari berketurunan Iban-Kayan dari Miri itu merupakan pungutan pingat emas pertama buat kontinjen tuan rumah pada aksi pembukaan Sukan Borneo 2025.

Sementara itu, tempat ketiga dirangkul oleh wakil Sabah, Dexter Bedie dengan catatan masa 10.87 saat.

Dylan, yang kini menyambung pelajaran di Sekolah Sukan Malaysia Sabah mengakui kejayaan itu merupakan langkah pemula untuknya agar lebih berusaha pada masa akan datang.

Beliau pada masa yang sama menegaskan mahu berusaha lebih keras memandangkan sebelum ini pernah mencatat rekod terbaik dengan catatan masa 10.52 saat.

“Bersyukur dengan kejayaan ini. Bagaimanapun, saya mahu terus berusaha untuk memperbaiki catatan peribadi.

“Dalam empat perlumbaan sebelum ini, saya berjaya mengekalkan catatan masa sekitar 10.60 saat, saya mahu berusaha agar dapat mencapai lebih daripada itu,”katanya pemberita.

Mengulas lanjut, Dylan mendedahkan tumpuannya kini ialah melayakkan diri dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026.

“Sasaran saya seterusnya ialah SUKMA, saya harap dapat melayakkan diri dan mencatat rekod terbaik.

“Saya juga mengimpikan untuk bersaing di Sukan SEA suatu hari nanti,” dedah anak muda itu.

BERITA LAIN

GP Malaysia 2026: Hakim Danish Raih Petak Ketiga

SEPANG: Pelumba Moto3 negara Muhammad Hakim Danish Ramli meletakkan dirinya dalam kedudukan terbaik untuk memburu podium Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2026 selepas meraih petak

BERITA TERBARU